Hiburan By: Padin November 2, 2023 @ 6:30am

Belum Rasa Terlambat, Namira Tak Gentar Bersaing Dengan BBNU

Muncul dengan single di usia 30 tahun, penyanyi baharu berbakat besar, Namira tidak merasakan ia sebagai halangan untuk terus melangkah.

Mencuba nasib dalam bidang muzik, pemilik nama penuh Amira Aman ini tidak gentar untuk bersaing dengan Budak Baru Nak Up (BBNU) yang rata-ratanya lebih muda berbanding usianya.

“Sebenarnya, saya bukan baru bermula. Saya dah lama mencuba nasib dalam bidang nyanyian. Namun, rezeki saya untuk menjadi artis rakaman baru tiba sekarang.

“Saya pernah menyertai pelbagai uji bakat nyanyian, saya pernah menjadi pengacara program TV, kini baru rezeki saya dalam bidang muzik sebagai penyanyi. Pemilik Saudagar Seni, Azmi Jamsari percaya dengan bakat yang saya ada dan merealisasikan impian saya untuk menghasilkan single.

“Saya tak rasa ia menjadi penghalang atau belum rasa terlambat kerana peluang yang ada di depan mata ini saya akan gunakan sebaiknya. Saya tak gentar bersaing dengan BBNU dan yakin ada rezeki jika saya mencuba sehabis baik,” katanya kepada XTRA.

Single pertama Namira berjudul Bulan dipilih untuk menjadi lagu tema bagi filem Pagari Bulan yang menemui penonton di pawagam Oktober lalu.

“Sejujurnya, saya tak sangka lagu tersebut menjadi pilihan pengarah ternama iaitu Raja Mukhriz untuk dijadikan runut bunyi filem arahannya.

“Lagu Bulan ini, saya cipta kira-kira dua tahun lalu berbekalkan inspirasi kepada seseorang yang saya cintai. Namun, sayangnya kami tiada jodoh apabila hubungan itu putus dan terjadilah jalan cerita lagu ini yang berkisar pada cinta tidak kesampaian.

“Sewaktu pihak Saudagar Seni memperdengarkan demo lagu tersebut kepada Sharifah Shahora selaku penerbit filem, mereka sangat berminat lalu meminta lagu tersebut dikongsi kepada Raja Mukhriz.

“Paling mengejutkan pengarah itu terus bersetuju untuk menjadikan Bulan sebagai OST filem Pagari Bulan. Raja Mukhriz kata, lagu itu sesuai dengan jalan cerita tersebut. Dia juga kata lagu itu ada roh dan bila diputarkan berulang kali seakan-akan sebak menyelubungi hati. Alhamdulillah, lagu tersebut berjaya menyentuh hati orang yang mendengarnya,” jelasnya.

Tidak percaya lagu tersebut berjaya menyentuh hati orang yang mendengarnya, Namira dan pihak Saudagar Seni mempunyai perancangan besar untuk merancakkan kariernya dalam bidang nyanyian selepas kemunculan Bulan.

“Saya dan pihak pengurusan ada banyak perancangan, kami akan mengatur langkah untuk menyerlahkan lagi karier saya, jadi saya mohon doa orang ramai agar kerjaya saya dalam bidang muzik dipermudahkan,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 23 Jun 2018

Jangan Salahkan Pendatang, Rakyat Malaysia Baiki Diri Dulu -Chef Wan

Baru-baru ini, Kementerian Sumber Manusia mengarahkan semua restoran dan kedai makan di negara ini untuk mengambil tukang masak tempatan di premis masing-masing bermula 1 Julai ini. Hal ini turut mendapat perhatian ramai termasuklah Chef terkenal […]

Hiburan Mon, 28 Oct 2019
Hiburan Thu, 14 Mar 2024
Hiburan Thu, 16 Sep 2021

“Isteri Dah Bersalin, Saya Masih Pregnant” – Fazley Yaakob Dedah Hilang 30 KG, Badan Slim Tapi Lembik & Gemuk Air

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan beratnya turun sebanyak 30 kilogram (kg) tetapi badannya masih lembik dan ‘gemuk air’. Berkongsi perubahan bentuk badannya sebagai motivasi di laman Instagram, semuanya bermula ketika Fazley menemani […]

Hiburan Wed, 8 Jun 2022
Hiburan Thu, 6 Jan 2022

Kolaborasi Antara 2 Negara – Search Umum Penyanyi, Pemain Bass & Pemain Dram Baru

Akhirnya penyanyi dari Indonesia, Denden Gonjales, 38, dipilih sebagai penyanyi baru kumpulan Search dalam projek kolaborasi antara dua negara. Di Indonesia, penyanyi ini tidak asing lagi kerana beliau pernah bekerjasama dengan penyanyi popular negara itu […]