Hiburan By: SGMS Enal July 5, 2019 @ 8:00am

Benda Negatif? Sorry, Next!

Berfikiran positif, pengacara, Irma Hasmie memusatkan tumpuan kepada tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, daripada membebankan minda dengan perkara negatif.

Matang dengan pengalaman silam, Irma berkata, dia sentiasa mengingatkan diri untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah sebaik mungkin, agar tidak dipersalahkan jika timbul krisis atau masalah.

“Tidak dinafikan pengalaman lalu banyak mengajar saya berhadapan bermacam-macam perkara. Kita tidak boleh kawal orang lain, sebaliknya fokus kepada keamanan dan ketenangan minda.

“Untuk kekal positif, bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan satu malam kerana ia mengambil masa.

“Faktor sekeliling turut membantu memastikan fikiran tidak melayang kepada perkara negatif. Hal rumah tangga adalah sesuatu yang sukar dijangka.

“Namun, jika dikawal seketat mana pun, apabila hendak jadi, ia akan terjadi juga,” katanya kepada BH Online.

Sehubungan itu, Irma yang berkahwin dengan Redza Syah Azmeer Radzuan pada 2012, memilih memberi tumpuan terhadap tanggungjawab kepada keluarga.

“Selebihnya, serahkan saja kepada suratan takdir.

“Apa yang penting, saya sudah menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dan tidak dipersalahkan jika berlaku apa-apa,” katanya.

Berkongsi cerita membesarkan dua anak iaitu Redza Syah Irfhan, 6, dan Irma Nur Naylie, 5, Irma berkata, buat masa ini, fokusnya adalah mengasuh dan mendidik mereka sebaik mungkin.

Tidak meletakkan sasaran menambah zuriat, Irma mengaku selesa dengan dua anak.

“Saya kurang pasti sama ada mahu hamil lagi atau sebaliknya. Buat masa ini, saya selesa dengan rutin menjaga dua cahaya mata.

“Memang pada mulanya kelam kabut kerana jarak usia mereka tidak jauh, namun bertambah mudah apabila mereka semakin besar,” katanya.

Irma mengaku bukan senang membesarkan anak-anak pada era digital.

“Apatah lagi saya sangat menitik beratkan isu pendidikan. Sebagai ibu, saya cuba seimbangkan soal dunia dan akhirat sebaik mungkin,” katanya.

Kredit: Berita Harian Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 23 Nov 2018

Anuar Zain Jadikan Neelofa Contoh Terbaik

Lofa pantas dijadikan panduan bagi menangani netizen mulut bawang

Hiburan Fri, 11 Nov 2022

Ada Yang Kecam Kerana Tak Tahu Beza Mengucap & Ayat Kursi, Netizen Pertahankan Ratu Farah – “Dia Nervous Tu”

Pempengaruh, Ratu Farah Diva terkenal dengan video ‘pick up lines’ dan tarian ‘pelik’ sering menjadi bualan warganet di media sosial. Baru-baru ini, tular satu rakaman yang dimuat naik oleh @sugehresort di akaun TikTok mereka yang […]

Hiburan Mon, 25 Nov 2019

Percintaan Selama 7 Tahun Musnah, Risteena Munim Curang?

Semoga hubungan kali ini berakhir ke jinjang pelamin!

Featured Wed, 9 Jun 2021

Selepas Kualiti Sinematografi, Lagu Tema Drama Masih Ada Rindu Pula Jadi Sebutan Ramai

Selepas tular mengenai  salah satu episod  dalam drama Masih Ada Rindu yang menunjukkan pelakon utama iaitu Mimi Lana berlakon di sebuah hospital yang kelihatan seperti bilik hotel, Drama Masih Ada Rindu kembali menjadi perbincangan hangat […]

Featured Wed, 22 Sep 2021
Hiburan Tue, 10 Oct 2023