Selebriti By: Atiqah Johari March 7, 2024 @ 8:26pm

“Tak Lagi Berhubung, Kami Bawa Haluan Masing-Masing” – Ezzanie Jasny Perjelas Status Hubungan Dengan Noki

Pelakon Ezzanie Jasny menjelaskan bahawa hubungannya dengan penyanyi Noki tidak lagi rapat seperti dahulu.

Katanya, mereka kini juga sudah tidak berhubung dan selesa membawa haluan sendirian.

“Apa yang saya boleh katakan dia (Noki) pernah jadi kawan baik. Kami tidak lagi berhubung sekarang,” ujarnya.

Malah, dia juga menegaskan bahawa tiada sebarang perselisihan faham yang berlaku antara mereka yang menyebabkan persahabatan terlerai.

“Kami tidak lagi keluar bersama. Mungkin lebih selesa untuk fokus bawa haluan masing-masing.

“Sebelum ini pun seperti yang pernah saya katakan kami hanya berlawan sahaja. Saya pun tidak mahu komen pernah mengharap untuk rapat dalam hubungan serius atau tidak,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, hubungan Ezzanie dan Noki mula menjadi perhatian ramai selepas sering dilihat meluangkan masa bersama.

Bukan itu sahaja, selepas Noki pulang daripada menunaikan ibadah Umrah baru-baru ini, dia turut menghadiahkan sehelai sejadah bersulam nama Ezzanie.

Bagaimanapun dalam temubual sebelum ini Ezzanie dan Noki enggan mengesahkan mereka sedang bercinta.

Sementara itu timbul pula dakwaan kononnya Ezzanie kini akrab dengan pelakon Keith Foo.

Menjelaskan hal tersebut katanya hubungan mereka hanya sekadar pasangan dalam drama Layang-Layang Perkahwinan.

“Kami hanya berlakon sama. Tidak pernah keluar berdua,” katanya.

Ezzannie ditemui XTRA ketika majlis sidang media pelancaran drama-drama TV3 Rara Macam Dulu-Dulu sempena sambutan Ramadan dan Syawal kali ini.

Artikel Berkaitan: “Kami Kawan Je” – Jawab Gosip Dengan Noki K-Clique, Ezzanie Jasny Nak Fokus Kerjaya

Artikel Berkaitan: Didakwa Hangat Bercinta, Noki K-Clique Perjelas Status Hubungan Dengan Ezzanie Jasny

Artikel Berkaitan: Elak Simpan Nombor Telefon Pelakon Gandingan, Ezzanie Jasny Tak ‘Fetish’ Suami Orang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kes Mahkamah Wed, 16 Aug 2023

Susulan Kes Seksual Terhadap 2 Remaja Lelaki, Safiey Ilias Dilepas Tanpa Dibebaskan Daripada 4 Pertuduhan

Saya sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan, dan tetap akan melawan kes ini – Safiey

Hiburan Wed, 6 Feb 2019

‘Istiqamah Dalam Tudung Bukan Perkara Mudah’- Emma Maembong Mengaku Sudah Tidak Bertudung

Pelakon ini menerima kritikan dengan hati terbuka & mengaku kekhilafan diri…

Hiburan Fri, 29 Mar 2024
Hiburan Tue, 23 Jan 2024
Featured Wed, 14 Sep 2022

“Saya Hampir Tolak, Tapi..” – Afieq Shazwan Gementar Jadi ‘Anak Ikan’ Kepada…

Wow! Anak ikan? Luar biasa ek Afieq Shazwan 🥵 Agaknya siapa Sugar Mommy Afieq? 🤭

Trending Tue, 27 Oct 2020

Akad Nikah Di KL, Putrajaya Dibenarkan Mulai Hari Ini

Buat mereka yang di zon hijau dan kuning je tau!

Hiburan Sat, 29 Dec 2018

‘ Kalau Saya Tahu Seronok Macam Ni, Sudah Lama…’ Anuar Zain Mengaku Seronok Guna Sosial Media

Korang dah follow ke belum? Kalau belum, cepat follow abam Nuar hari ini!