“Bercinta Secara Islamik Tapi…” – Disoal Detik Perkenalan Dengan Hafidz Roshdi, Ini Jawapan Nurul Shuhada

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada membuka sesi soal jawab di Instagramnya dan dihujani dengan pelbagai soalan dan kata semangat.

Apa yang menarik perhatian adalah ada individu bertanya bagaimana berlaku perkenalannya dengan Hafidz.

“Macam mana Shu kenal H? Berapa lama kenal? Dia pernah hide Shu dari orang-orang ke?” tanya individu itu.

Menjawab persoalan tersebut, Shuhada menceritakan detik perkenalannya dengan Hafidz ketika dia melanjutkan pengajian tinggi di sebuah universiti.

“Kenal masa dekat MSU, masa tu tak bercintakan so memang scored la in studies, selalu lawan dengan budak ni @nitakhnxo, kalau kita 3.94 dia 3.95, kalau next sem 3.97 dia 3.96, madam mas selalu bangga,”

Kongsinya lagi, Hafidz memintanya untuk mengajar dan sering berdating di perpustakaan dan lepas dua hingga tiga tahun perkenalan mereka memutuskan untuk berkahwin.

“Bila dah tengah bercinta terus jadi 3.88 hahaha, so dia suruh kita ajak dia la, dating dekat library gitewwww.

“Kenal 2-3 years before kahwin and takde hidden ke apa, memang terbuka je bercinta secara Islamic HAHA.

“Tapi tula, dia kata tiber kita bukan soulmate dia pulak kerana taste lagu tak sama HAHAHA,” ceritanya.

Sekadar info, Shuhada merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ekonomi dan kewangan.

Atiqah Johari