“Berharta Tapi Kurang..” – Berpakaian Seperti Lelaki, Cik B Ditegur Netizen

Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B memuat naik beberapa keping foto meraih perhatian netizen.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Cik B dilihat berpakaian menyerupai seperti seorang lelaki dengan menggayakan baju ‘baseball’.

Bagaimanapun, ruangan komen dibanjiri komen warganet yang tampil menegur penampilan baharu Cik B yang sekarang.

Malah, ada yang mendoakan Cik B supaya diberi hidayah untuk menutup aurat dengan sempurna.

“Haram perempuan menyerupai lelaki, moga diberi hidayah. Jadilah perempuan sejati dengan tutup aurat.

“Lagi manis kalau penampilan tu sopan sikit dengan pakaian feminin. Tak kena langsung dengan gaya ala-ala rappers bagai. Kening tu pula dibuat macamtu seperti lelaki,” ujar netizen.

Nurul Hana