“Saya Tuntut RM1 Juta Sebab…” – Lufya Omar Mahu Tebus Maruah & Masa Depan Anak

“Saya mahu selesaikan semuanya di mahkamah dengan lebih baik.

Demikian kata-kata penyanyi Lufya Omar mengenai kemelut rumah tangga bersama bekas suaminya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum berhubung tuntutan Mutaah yang dibuatnya berjumlah RM1 Juta.

Lufya berkata, orang luar takkan faham mengenai situasi yang dilaluinya malah memberitahu proses tersebut adalah satu tempoh yang sangat panjang.

“Apa yang saya boleh cakap adalah tiada apa-apa kebaikan yang berlaku selepas itu, maksudnya apa yang netizen nampak adalah hanya…mungkin orang faham kan apa yang terjadi.

“Telefon anak saya juga sudah disekat jadi bagaimana nak berhubung? Sebab itulah, mungkin orang luar tak faham, bukan saya sengaja nak perbesarkan perkara.

“Orang bertanya kenapa empat tahun baru nak tuntut semua, sebenarnya proses ini sangat panjang dan banyak sebab juga.

“Bila kami difitnah dengan ada kenyataan yang tidak elok yang saya dengar tentang saya dan anak, itu sebab saya perlu buat sesuatu, tapi kita jangan gunakan media sosial, kita guna cara betul.

Dalam pada itu, Lufya berkata apa yang penting kini hanyalah untuk membersihkan nama dan maruahnya. Malah memikirkan masa depan anak perempuannya, Laana Haura.

“Harapan saya yang pertama sekali adalah saya dapat tebus maruah saya. Maruah lebih penting daripada segalanya.

“Kenapa saya minta 1 juta, itu bukan nilai saya, nilai saya lebih daripada itu cuma apa yang saya buat ini adalah untuk maruah dan kehormatan saya dan juga merancang masa depan saya dan anak.

“Saya ada anak perempuan, sudah tentu saya kena fikir jauh tentang pendidikan dia dan sebagainya. Banyak yang saya kena rancang,” tegas Lufya.

Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Hafiz pada 26 November 2016.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Suami Terperanjat Lufya Omar Tuntut Mutaah RM1 Juta

ARTIKEL BERKAITAN: Bersalaman Ketika Hadir Di Mahkamah, Julia Farhana Jelaskan Tiada Masalah Dengan Lufya – “Kami Tak Bermusuhan Dengan Sesiapa Pun”

Bagaimanapun, Lufya dan Dr Hafiz bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.

Selepas tiga tahun bergelar duda, Dr Hafiz akhirnya berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022.

Khairil Khusyairi