Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 8, 2023 @ 1:44pm

Berhasrat lebarkan Sayap Ke Indonesia, Ernie Zakri Hadiahkan Peminat Dengan Album ‘Aura’ – “Saya Pilih Sendiri Komposer & Produser Untuk Bekerjasama”

Penyanyi berbakat besar, Ernie Zakri meluahkan rasa gembira dan bersyukur atas pelancaran album keduanya yang berjudul Aura selepas 12 tahun tidak mengeluarkan sebarang album.

Ernie berkata perjalanan karier seninya yang lebih sedekad ini sangat indah meskipun banyak melalui jerit perih.

“Tahun 2009 hingga 2015 itu adalah waktu untuk saya belajar, 2016 adalah sebetul-betulnya saya merasa sedikit banyak jerit perih itu.

“Selepas berbelas tahun muncul kembali dengan album kedua, saya rasa perjalanan ini sangat indah kerana saya dapat memberitahu cerita yang saya ingin sampaikan kepada peminat,” katanya.

Album Aura Perkenalkan Ernie Zakri Dalam Sisi Lain

Berkongsi mengenai pembentukan album Aura, Ernie berkata dia memilih dan menghubungi sendiri komposer dan produser untuk mencipta 10 lagu-lagu yang bakal mendapat tempat di hati peminat.

“Untuk album Aura ini saya sendiri approach dan call sendiri komposer.. ada juga saya terima daripada beberapa komposer lain tapi saya tidak mengatakan lagu tersebut tidak bagus cuma mungkin lagu itu tidak sesuai dalam konsep album Aura.

“Saya tidak buang lagu itu, saya simpan. Saya hasilkan album ini dalam senyap, jumpa dan meeting dengan mereka. Alhamdulillah, barisan komposer dalam lagu Aura ini sangat-sangat hebat.

“Saya mahu menicpta ‘rasa’ dalam album.. Saya rasa indah dan cantik sekiranya untuk album ini kita bekerjsama dengan komposer yang lain.

“Banyak saya belajar daripada mereka yang ingin menyampaikan kelainan, saya cuba mahu menjadikan lagu-lagu saya dalam album ini lebih matang.

“Proses rakaman kesemua lagu juga memakan waktu sekitar tiga hingga empat bulan untuk disiapkan. Alhamdulillah, Allah SWT permudah urusan untuk membuat album ini. Setahun plan, enam bulan approach komposer dan produser.

“Mungkin juga kerana saya dah ada bayangan dan misi untuk album Aura ini, jadi semua perkara jadi mudah,” katanya.

Ernie Zakri

Ernie Zakri cuba ‘tembus’ industri muzik Indonesia

Sementara itu, isteri kepada penyanyi Syamel ini turut berkata pihaknya kini sedang berusaha untuk menembusi industri muzik di negara seberang, Indonesia.

“Salah satu cita-cita saya mahu melebarkan sayap saya, mungkin negara pertama adalah Indonesia. Doakan yang terbaik..

“Konsert solo, sudah semestinya ada. Impian saya sangat besar, banyak perkara yang saya mahu beritahu dalam karier seni saya,” katanya lagi.

Ernie berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran album Aura bertempat di pusat beli-belah Sunway Putra Mall baru-baru ini.

Ernie Zakri

Album Aura menampilkan 10 buah lagu dengan pembabitan nama-nama besar industri muzik serantau seperti Aubrey Suwito, Ezra Kong, Faizal Tahir, Amylea Azizan, Rozi Sangdewi, Helen Yap, Firdaus Rahmat, John Jeeves, Ade Govinda dan beberapa orang lagi.

Selain itu, album Aura turut menampilkan lagu hasil ciptaan suami tercinta, Syamel menerusi lagu Jangan Hilang Percaya.

Aura kini berada di semua platform digital dan video muzik lagu Masing-Masing pula berada di laman YouTube.

Artikel Berkaitan: “Kami Banyak Girls Talk, Tapi Tolong Berhenti Sakitkan Hati Ernie & Keluarga” – Best Gym Buddies, Aina Abdul Tak Pernah Borak Soal Industri Muzik Bersama Ernie Zakri

Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Persoalkan Sikap Segelintir Pihak Suka Komen Menyakiti Hati Orang Lain – “Rasa Gempak Ke?”

Artikel Berkaitan: Lalui Banyak Kenangan Manis, PLKN Berjaya Bentuk Diri Ernie Zakri Kuat Mental & Fizikal – “Saya Adalah Selembik-Lembik Manusia Tapi…”

Artikel Berkaitan: Comel! Pagi-Pagi Dengar Lagu Siti Nurhaliza, Siap Bertepuk Tangan Lagi! – Ernie Zakri Dedah ‘Joget Berhibur’ Lagu Kegemaran Khawla

Artikek Berkaitan: Ernie Zakri Kenang Saat Jatuh Bangun, Rasa Tak Diterima & Mahu Berhenti Menyanyi – “Saya Rasa Diri Tak Bagus” 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Jan 2018

Alhamdulillah…Farid Kamil Sudah Bebas!

Farid dibebaskan dengan ikat jamin oleh adiknya, Fadzil Zahari, kira-kira jam 3 petang tadi.

Trending Fri, 11 Oct 2019

Belanjawan 2020 Akan Dibentangkan Hari Ini

Belanjawan 2020 juga merupakan belanjawan kedua kerajaan Pakatan Harapan, sejak ia memerintah pada Mei 2018.

Trending Mon, 7 Sep 2020
Hiburan Mon, 23 Oct 2023
Featured Mon, 13 Feb 2023
Hiburan Sun, 22 Sep 2019

Dj Lin Nak Bersara?

Ala…kenapa pula ni?

Hiburan Thu, 21 Mar 2019

Pernah Kelar Tangan, Azam Smile Kongsi Pengalaman Depresi

Semoga cepat sembuh Azam & good luck untuk Atas Cintamu. Jom request di radio Hot & Kool FM hari ini!

Trending Tue, 20 Nov 2018

Selamat ulang tahun ke 90 Mickey Mouse!

Selamat ulang tahun ke 90 Mickey Mouse!