Featured By: Aqilah Paharuzi January 26, 2023 @ 5:18pm

“Berhenti Buat Parodi Sissy, Naim & Mummy… Tak Kelakar!” – Ayda Jebat

Penyanyi dan peserta program hiburan Famili Duo, Ayda Jebat menegur secara terbuka segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dengan sengaja menambah api atas kontroversi melanda Sissy Imann dan Naim Daniel minggu lalu.

Berdasarkan sebuah perkongsian di Instagram Story, Ayda yang bergandingan dengan adiknya, Fyna Jebat dalam program tersebut meminta orang ramai berhenti membuat parodi berkenaan persembahan Sissy dan Naim yang menerima kritikan juri, Mas Idayu.

“Kepada semua, tak kisahlah siapa pun termasuk influencer, artis sendu, hot ke tak, stop buat parody about Sissy, Naim dan Mummy (Mas Idayu). TAK KELAKAR dan TAK PERLU.

“Tak perlu ride dengan issue yang ada. Jadi minyak nak tambah api. Cari bahan dan cari lain untuk buat content or jadi terkenal. Semoga berjaya yer. Sekian terima kasih,” tulisnya.

Artikel Berkaitan: Sissy Imann Minta Maaf Pada Naim Daniel, Mohon Beri Sedikit Masa – “Saya Tak Sekuat Awak, Otak Saya Kosong…”

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Nasihat Sissy Imann Agar Tak Putus Asa, Perlu Kental Dalam Industri

Artikel Berkaitan: “Dia Berkurung Dalam Bilik & Berdiam Diri” – Bapa Sissy Imann

Sementara itu, pelantun lagu Pencuri Hati ini turut memberi pesanan kepada Sissy dan Naim untuk terus bersemangat dan fokus kepada konsert Famili Duo akan datang.

“Sissy dan Naim, come back stronger. Fikir yang positive, semangat, Insya-Allah semuanya dipermudahkan,” tambahnya.

Terdahulu, kontroversi tercetus di minggu ke-6 program realiti Famili Duo berhubung nyanyian Sissy dan pasangannya, Naim Daniel semasa membawa lagu Jampi milik Hael Husaini dalam versi keroncong dikritik hebat oleh juri, Mas Idayu.

Susulan itu, ramai pihak yang mengkritik pelantun lagu Selangit itu kerana didakwa tiada empati dalam memberi komen sebagai seorang juri profesional yang telah lama berkecimpung dalam industri seni.

@xtra_my

“Kalau ada yang kata saya menjatuhkan maruah peserta, terserah mereka” – Mummy Mas Idayu #fyp #xtramy #masidayu #marah #sissyiman #familiduotv3 #viral #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Dikendalikan oleh pengacara Janna Nick dan Sean Lee, rancangan Famili Duo membariskan tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Nov 2018

Zara Zya Bertepuk Sebelah Tangan?

Jangan lupa saksikan Terbaik Dariku di slot Akasia pada 12 November ini

Hiburan Wed, 12 Dec 2018
Events Thu, 14 Mar 2019

Malaya Relived: The Fall of Singapore, the Start of Shafeeq Shajahan’s Historical Series

The young and talented are taking us on a trip down memory lane!

Trending Mon, 11 Mar 2019

大马荣誉头衔你知道几个?原来Dato和Datuk是有区别的!

许多人经常听到Dato和Datuk等的头衔,甚至有很多人还搞不懂,经常会将两者混淆;其实一点都不难分……

Hiburan Tue, 26 Feb 2019

Bapa Aliff Syukri Meninggal Dunia, Al-Fatihah…

“ Abah kena kuat…saya tak puas berbakti pada abah…Syukri banyak dosa dengan abah,” tulisnya.

Featured Mon, 31 Dec 2018

5 Kebaikan Fish Oil Kepada Kesihatan Manusia

Kajian telah menunjukkan bahawa fish oil dan suplemen omega-3 dapat memperbaiki gejala kemurungan. 

Hiburan Fri, 24 May 2019

‘Tiada Persiapan Raya Tahun Ini’- Anzalna Nasir

Semoga urusan Anzalna melahirkan anak dipermudahkan oleh Allah SWT… Insha Allah!