Filem By: Aqilah Paharuzi June 2, 2023 @ 5:56pm

Beri Rating 6/10, Mas Khan Kritik Filem Polis Evo 3 – “Setup Nampak Murah Macam Low Budget…”

Pelakon sensasi, Mas Khan tampil memberi pendapat peribadinya berhubung filem sebutan ramai, Polis Evo 3 arahan pengarah Syafiq Yusof.

Berdasarkan perkongsian di Instagram Story (IGs), Mas Khan berkata dia meletakkan tanggapan yang tinggi terhadap filem tersebut.

Dalam pada itu, Mas Khan memberi rating sebanyak enam daripada sepuluh selepas menonton filem tersebut di pawagam.

Jelasnya, dia berasa kecewa terhadap filem popular tersebut dek kerana setup penggambaran tersebut yang nampak murah.

“Aku mintak maaf awal awal kalau ada pihak yang terasa. Secara jujurnya i put high expectations on this movie disebabkan Syafiq Yusof yang direct because he is one of my favourite directors in Malaysia..

“But untuk Polis Evo 3 ni i rasa the touch of “Polis Evo” dah takda. Mungkin disebabkan budget kecil or whatsoever i dont know. The setup semua nampak sangat murah nampak macam low budget punya movie,” katanya.

Sementara itu, Mas Khan tidak menafikan lakonan para pelakon sangat hebat dan juga memuji filem polis evo 1 dan 2.

“I tak pertikaikan soal lakonan sebab barisan pelakon semua mantap gila b*bi! Cuba kita tengok Evo I & Evo 2 betapa gempak nya set dia orang letup sana sini dengan squad polis yang sangat besar tapi evo 3 ni di lebih kepada comedy.

“Jangan cakap aku tak support local film. Aku lah netizen yang excited sampai beli 10 tickets untuk kawan kawan!

“Maybe it’s my fault sebab i put high expectations oh and kenapa i post scene dekat pantai ni, sebab dalam movie ni scene ini sahaja menunjuk kan this is Polis Evo. Kalau ada pihak yang terasa aku mintak maaf,” akhirnya.

Sekadar info, filem Polis Evo 3 telahpun meraih sebanyak RM25 juta.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 Aug 2019
Hiburan Wed, 9 Oct 2019
Hiburan Wed, 2 Jan 2019

Kenapa Agaknya Nadia Aqilah Terkejut?

Wow, Nadia Aqilah is back!

Hiburan Sun, 7 Jul 2019

Kamal Adli Dilamar Pelakon Jelita?

Psst…siapa wanita bertuah tu?

Hiburan Wed, 23 May 2018

Arron Aziz Masih Menunggu…

Saya belum tahu mengenai status filem itu. Namun, kami pasti akan menguar-uarkan apabila ia sedia memasuki pawagam nanti.

Trending Thu, 1 Nov 2018

Guna Daging Manusia Dalam Hidangan Mee

Bayangkan yang anda sedang menikmati hidangan mee kemudian diberitahu yang ada daging manusia didalamnya. 

Hiburan Thu, 13 Dec 2018
Featured Sun, 7 May 2023
Program TV Wed, 3 Aug 2022

“Benda-Benda Macam Ni Ada” – Detik 12 Malam Bakal Naikkan Bulu Roma Penonton

Jangan lupa tonton Detik 12 Malam setiap Jumaat, 11.30 malam di TV3.

error: Content is protected !!