Hiburan By: Fatin Nurain December 29, 2023 @ 11:59am

Berjaya Kesan Individu Ciplak Sambal Nyet, Khairul Aming Bakal Ambil Tindakan – “Kalau Dia Gagal Penuhi 8 Tuntutan…”

Pempengaruh dan usahawan Khairul Aming bakal mengambil tindakan terhadap individu yang menciplak produk keluarannya, Sambal Nyet, semalam.

Perkara itu telah didedahkan oleh Khairul Aming menerusi sebuah hantaran di platform media sosialnya, semalam

Menurut Khairul, individu tersebut turut menggunakan logo, cara pembungkusan serta penjenamaan sama, Sambal Nyet Khairi yang seakan-akan produk keluarannya.

Malah, Khairul turut mendedahkan trademark produk keluarannya itu telah didaftarkan dan diluluskan sejak 2 November 2021.

“Berkenaan dengan isu Sambal Nyet ciplak semalam, kita telah pun mengenal pasti penjual tersebut dan peguam kita telah pun menghantar letter of demand for Infringement of Intellectual Property Rights and Passing Off.

“Ada lapan tuntutan yang kita telah senaraikan dan jika mereka gagal penuhi kesemua tuntutan tersebut kita akan bawa kes ini ke peringkat seterusnya.

“Sambal Nyet telah didaftarkan trademark di MyIPO dan telah diluluskan pada tarikh 2 November 2021,” tulisnya.

Kesal dengan tindakan individu terbabit, Khairul berharap agar setiap peniaga kecil dapat mengendalikan perniagaan mereka secara telus dan berhemah.

“Saya selalu beri sokongan kepada peniaga kecil tapi kalau nak berniaga bukan macam ni cara dia. Kalau awak ada produk sambal, ke apa produk sekali pun, juallah. Tapi jual dengan identiti sendiri, dan bina brand anda sendiri.

“Saya juga nak berpesan kepada peniaga di luar sana, terutama peniaga kecil, kalau ada kemampuan pergilah daftar trademark business anda agar tiada orang yang salah guna perniagaan anda.

“Akhir kata, saya nak pesan carilah rezeki yang halal, yang ada keberkatan. Insya-Allah, awak akan pergi jauh. Terima kasih kepada anak yang menyokong Sambal Nyet dari tiga tahun lepas. Tolong doakan supaya perniagaan kami dipermudahkan,” katanya.

@khairulamingBerkenaan dengan isu Sambal Nyet ciplak semalam, kita telah pun mengenal pasti penjual tersebut dan peguam kita telah pun menghantar letter of demand for Infringement of Intellectual Property Rights and Passing Off. Ada lapan tuntutan yang kita telah senaraikan dan jika mereka gagal penuhi kesemua tuntutan tersebut kita akan bawa kes ini ke peringkat seterusnya. Sambal Nyet telah didaftarkan trademark di MyIPO dan telah diluluskan pada tarikh 2 Nov 2021. Saya selalu beri sokongan kepada peniaga kecil tapi berniagalah dengan cara yang beretika dan berhemah. Jangan aniaya orang ramai macam ni

♬ original sound – Khairulaming

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 31 Jan 2020
Trending Thu, 30 Jul 2020
Trending Tue, 18 Sep 2018

Beli Ubat Hormon Mencecah RM 1 Juta, Rosmah Bakal Hadapi 20 Pertuduhan

RM 1 juta untuk produk keremajaan kulit Datin Rosmah Mansor!

Events Thu, 21 Feb 2019
Hiburan Tue, 11 Jul 2023
Hiburan Sat, 17 Jun 2023

Selamat Bersalin Anak Kedua, Juliana Evans Kongsi Wajah Anak

Comelnya baby girl Juliana Evans ❤️❤️ Tahniah!

Trending Wed, 29 Jul 2020

Ibadah Haji Di Mekah Bermula Hari Ini

Semoga kita semua dikurniakan rezeki untuk ke sana..

Events Tue, 18 Jun 2019

张顺源认脾气暴躁!与老婆自立门户拼事业

张顺源认是一名脾气暴躁的老板!与老婆自立门户拼事业,笑称“她竟然可以忍受我的脾气。”

Hiburan Wed, 11 Oct 2023