Hiburan By: Salma Syahbuddin November 15, 2017 @ 7:41am

AYDA KECEWA; NETIZEN KECAM!

Tak habis-habis lagi dengan cerita finalis AJL32? Kalau sebelum ini Altimet dengan lagu amboi nya selamba dikritik di laman twitter sehinggakan Altimet sendiri meminta kepada para keyboard warrior agar menggunakan #TakNakAmboi sebagai tanda protes lagu itu tidak sesuai disenaraikan di Pentas AJL32, kali ini giliran Ayda Jebat pula dikecam netizen dan dilabel sebagai tidak bersyukur atas keputusan juri.

Bagi Netizen, Ayda seharusnya bersyukur dan menerima keputusan dengan hati yang terbuka memandangkan Ayda antara finalis yang layak berentap di SFMM32.

Pihak Pengurusan Ayda Jebat turut  memberitahu,  mungkin sebelum ini ada cakap-cakap ataupun status yang dimuat naik berbaur sindiran daripada Ayda Jebat yang boleh menyebabkan ramai pihak terasa hati dengan tindakannya itu. Namun, mungkin itu adalah cara beliau menunjukkan rasa kecewa terhadap  pemilihan  finalis yang akan beraksi di pentas AJL32 nanti.

 

 

antara status yang telah dimuat naik oleh Ayda

Kalau melihat kepada persembahan Ayda pada malam itu, memang tidak dinafikan banyak perubahan baik dapat dilihat. Terutamanya, dari aspek vokal dan persembahan. Tetapi, bagai sudah tertulis, bukan rezeki Ayda Jebat untuk mempertaruhkan lagu Mata ciptaan Audi Mok dan dirinya sendiri untuk disenaraikan sebagai antara Finalis yang berentap nanti.

Persembahan bertenaga Ayda Jebat semasa SFMM32 minggu pertama

Kalau dilihat, setiap kali Ayda memuat naik status di instagramnya itu, netizen juga tidak putus-putus mengambil peluang  memberi serangan balas diruangan komen Ayda.

antara kecaman netizen terhadap Ayda

Kepada Ayda Jebat, mungkin Ayda boleh belajar untuk menerima keputusan secara positif dan bertindak secara profesional kerana setiap lagu telahpun dipilih oleh barisan Juri yang bukan calang-calang orangnya.

Semoga terus sukses ya Ayda!

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Dec 2019

Khai Bahar Mengakui Tak Sanggup…

Biarpun kemunculannya dalam drama bersiri, Satukah Rasa bersama penyanyi Siti Nordiana mendapat pujian peminat, Khai Bahar, mengakui tidak sanggup melihat lakonannya sendiri. Katanya, bukan tidak percaya bakat dan kemampuan yang dimiliki, namun dia menganggap penampilan […]

Featured Sun, 21 May 2023
Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Debaran Noryn Aziz Menjelang Konsert ‘Soul Sisters’

Konsert ‘Soul Sisters’ dianjurkan oleh syarikat produksi persembahan Edd Razhe Entertainment (ERE) bakal diadakan di Istana Budaya pada 5 dan 6 April ini.

Tiket boleh dibeli di www.airasiaredtix.com pada harga RM 755 (Meet & Greet), RM 555 (Diamond), RM 355 (Platinum), RM 255 (Gold) dan RM 155 (Silver).

Hiburan Thu, 21 Mar 2024
Hiburan Wed, 13 Sep 2023