Betulkah Zara Zya Jadi Penyanyi?

Siapa sangka, pelakon kecil molek ini akan tampil dengan single pertamanya berjudul, Tiada Dendam yang akan diperkenalkan di pelbagai platform digital bermula pada Jumaat. Bagi Zara Zya, kemunculan lagu pop balada ini bukanlah untuk bersaing dengan mana-manan penyanyi sedia ada. 

“Saya sekadar mencuba nasib dan mencari angin baharu dalam kerjaya. Tidak dinafikan, kebelakangan ini ramai pelakon mengorak langkah untuk menjadi penyanyi. Bagi Zara Zya, tiada salahnya saya membuat keputusan yang sama untuk menggembirakan peminat. ramai juga peminat berharap saya merakamkan lagu sendiri dan kemunculan Tiada Dendam memenuhi permintaan mereka.” Katanya

Namun, pelakon yang terkenal dengan drama Love You Mr Arrogant ini turut menegaskan bahawa lagu yang bakal diperkenalkan pada Jumaat ini tiada kaitan langsung dengan perjalanan hidup beliau. Walaupun lagu ini berkisarkan mengenai hubungan yang telah terkandas di tengah jalan.

” Ia bukan kisah hidup saya. Lagu ini membawa mesej kepada pendengar supaya sentiasa positif apabila berdepan kegagalan dalam percintaan. Apa juga yang terjadi, kita mesti kuat kerana pasti ada hikmah di sebalik yang berlaku. Jangan ada dendam dan benci.” Jelasnya

Wah, tak sabar rasanya untuk mendengar single terbaru dari Zara Zya ni kan? Mana taknya, semua lagu cover version yang dimuat naik dilaman instagram beliau cukup membuktikan bahawa suara pelakon ini mampu menarik peminatnya tersendiri.

Salma Syahbuddin