Bila Bentuk Badan Jadi Bahan Senda Netizen…

Biarpun isterinya menerima pelbagai bentuk teguran di laman sosial, sebagai seorang suami mithali pelakon Datuk Fizz Fairuz tetap setia berdiri di belakang. Sweet! 

Kalau dilihat setiap kali pelakon Datin Almy Nadia memuat naik gambar di laman Instagram, pasti ada saja yang menegur tentang bentuk badannya yang berbeza daripada dulu.

“ Saya kasihan apabila perubahan susuk tubuh isteri sering menjadi sendaan netizen.

“ Setiap kali memuat naik gambar di laman sosial, dia akan dikecam.

“ Disebabkan itu, dia lebih selesa ambil gambar pada bahagian muka saja. Dia juga tertekan setiap kali orang memberitahu badannya berisi,” katanya.

Sebagai suami, Fizz mengambil pendekatan positif dengan selalu berpesan kepada isterinya supaya tidak ambil pusing dengan semua kecaman itu.

Dalam perkembangan lain, pelakon lelaki yang bakal tampil dengan drama terbaru di TV3, Kamar Kamariah September ini memberitahu bakal menimang cahaya mata ketiga.

“ Almy kini hamil lima bulan. Tetapi kami masih belum tahu jantina bayi yang bakal dilahirkan. Doakan agar semuanya dipermudahkan,” katanya.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata, Nur Afrina Arianna, 3, dan Nur Afirna Aurora, 2, serta anak angkat, Nur Afrina Darwisya, 9.

SGMS Faida