Britney Spears Bakal Berkahwin Lagi?

Penyanyi Britney Spears dijangka akan berkahwin buat kali ketiga dengan kekasihnya Sam Asghari (25) setelah tiga tahun bercinta. Sam apabila ditanya Entertainment Tonight berkata, dia tidak mungkin berpacaran dengan penyanyi “Oops I Did It Again” itu jika dia tidak berniat untuk memperisterikannya. Mereka sememangnya sudah seperti satu keluarga, jadi sudah sampai masanya untuk menjadikan semuanya ‘sah’.

 

Apa yang menggemparkan ialah perjalanan kisah cinta mereka bukan lah dipenuhi dengan majlis karpet merah atau makan malam di restoran-restoran mahal seperti Nobu tetapi kehidupan mereka sememangnya sangat santai, seperti orang biasa saja. 

 

“Apa yang paling saya suka mengenai kehidupan saya dengan Britney adalah kerana ianya sangat normal dan tidak dipenuhi glamor. Dia buat saya rasa selesa berada di sisinya dan kami sentiasa menyokong dah memberi inspirasi terhadap satu sama lain,” ujarnya lagi.

 

Mungkinkah perkahwinan ini bakal menjadi perkahwinan terakhir Britney Spears? Harap-harapnya begitulah kerana selepas segala episod hitam di dalam hidupnya sehinggakan dia mengalami depresi dan kesihatan mentalnya terganggu, kehadiran Sam dalam hidup Britney nampaknya penuh dengan nilai-nilai yang positif. Britney akhirnya mampu menjadi ibu yang baik kepada kedua anaknya dengan bekas suami, Kevin Federline dan kembali aktif dan menjaga badan seperti dirinya yang dulu. 

Del14