‘Bucket List’ Tercapai, Nabila Huda Teruja Dapat Tenung Whale Shark & Berenang Bersama Dolphin

Pelakon dan pengacara Nabila Huda sekali lagi melahirkan rasa kagum dalam kalangan peminatnya selepas berkongsi pengalamannya berenang bersama jerung paus atau ‘whale shark’.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nabila telah memuat naik video tersebut ketika menjalani aktiviti ‘snorkelling’ di Maldives.

Menurut Nabila, pengalaman itu membuat dirinya berasa bersyukur kerana dapat menikmati momen itu demi memenuhi impiannya.

“Nervous tapi at the same time excited,happy,sebak pun ada. Mix feelings! Never imagine boleh night swim with whale sharks. I’m amazed by this beautiful creature.

“Masa swim sebelah dia tu kan,dalam hati asyik cakap bersyukur je sebab terpilih untuk rasa perasaan tu. Nak explain pun taktau macamana tapi kite tersenyum simpul je tengok dia.

“Nak tidur pun masih senyum tau! Haha. I am thankful to be here. Thank you for this amazing unforgettable experience @mynatoursmaldives ! Bucket list checked!!,” tulisnya.

Sebelum ini, pelakon itu juga telah berkongsi pengalamannya menyelam bersama puluhan ikan pari gergasi pada waktu malam.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Scuba Diving’ Dengan Ikan Pari Gergasi Di Maldives, Nabila Huda Teruja Dapat Tangani Rasa Takut

Selain ikan pari gergarsi dan jerung paus, Nabila turut meluahkan rasa terujanya dapat berenang bersama ikan lumba-lumba atau dolphin menerusi ciapan di Twitter.

Fatin Nurain