Lucunya! Samakan ‘Ribbon’ Dengan Ular, Peminat Tawar Diri Nak Jadikan Jebat Jayden Menantu

Anak kepada selebriti Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden sekali lagi meraih perhatian warganet selepas melihat gelagatnya ketika membuat ulasan produk bersama ibunya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nabila telah memuat naik video mereka yang sedang membuat ‘review’ sebuah jenama coklat terkenal, Kinder Joy.

Dalam perkongsian tersebut, Jebat telah menyamakan ‘ribbon’ ikatan bungkusan produk itu seperti ular, sekali gus mengundang rasa terhibur dalam kalangan peminatnya.

“Mommy, tapi macam uya (ular) ni,” katanya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikut Nabila memuji kecomelan putera kesayangannya itu sewaktu membuat review tersebut.

Malah, ada juga peminat yang menawarkan diri untuk menjadikan si cilik itu sebagai menantu.

“Funny lah jebat nie tau.. Meh jd menantu auntie nak 😂

“bahahaha..JJ pelat L…. Uya, sekoyah, biyal, dahuyuuu,

“Comey la baby ni,” komen peminatnya.

Fatin Nurain