Susun ‘Vape’ Seperti Mainan Lego, Netizen Terhibur Dengan Gelagat Aaron Aziz – “Silent Comedy Ke Ni”

Gelagat pelakon Datuk Aaron Aziz menyusun rokok elektronik atau vape seperti mainan lego di media sosialnya telah meraih perhatian peminatnya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aaron telah memuat naik videonya yang sedang mempromosikan rokok elektronik itu tanpa sebarang suara.

Biarpun pelakon itu tidak mengeluarkan sebarang suara, rata-rata pengikutnya terhibur melihat gelagatnya yang bersahaja.

“Silent comedy ke ni.

“Saya suruh action kenapa bisu…lain kali cakap…

“Dah pandai sekarang buat silence comedy…boleh la lepas ni masuk maharaja lawak 2023…hehehe gurau2

“Hahahhahhaa asal comel,” komen peminatnya.

Fatin Nurain