‘Bukan Kecil Hati Tapi…’- Kenapa Tu Ayda Jebat?

Tidak tercalon di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH32), penyanyi dan pelakon Ayda Jebat memaklumkan tidak dapat hadir pada malam itu nanti.

Ayda ketika ditemui di majlis pelancaran telefon pintar OPPO Siri A 2020 menafikan merajuk dengan pihak penganjur tetapi mempunyai alasan tersendiri tidak dapat hadir.

“Ada orang lebih layak untuk pergi dan berada di sana.

“Bukan kecil hati tak mahu datang tetapi saya memenuhi undangan nyanyian Ahad ini. Bukan soal saya tidak tercalon dan sebagainya, saya merajuk tidak mahu datang,” katanya kepada Xtra.

Sebelum ini, Ayda memaklukan dia tidak melatah selepas namanya tiada dalam senarai penuh finalis Top 5 ABPBH 32 dan menganggap bukan rezeki untuk dirinya.

“Ini semua adat pertandingan dan saya anggap ia bukan rezeki. Namun apapun, saya akan tetap memberikan sokongan kepada penganjuran anugerah itu.

“Lagipun, bukan prinsip saya nak kejar trofi tapi lebih kepada karya yang berkualiti untuk terus menghiburkan pencinta muzik dan mewarnai industri seni lakonan. Itu lebih penting,” katanya.

Dalam perkembangan lain, drama lakonan Ayda berjudul ‘Cindai’ bakal mula bersiaran di slot Samarinda pada November depan.

Oleh: Fas

SGMS Faida