Hiburan By: SGMS Faida November 1, 2018 @ 10:00am

Bukan Kisah Hantu Semata, Ada Mesej Dalam 7ujuh

Mendengar tajuknya saja sudah membuatkan kita tertanya-tanya, kenapa 7tujuh? SEBAB…Segalanya berkait dengan angka 7.

Filem seram di kehidupan sekitar tahun 70 an ini mengisahkan tentang tujuh rakan yang terperangkap di sebuah banglo mewah. Bunyinya seperti klise tetapi jangan buat andaian awal jika belum pergi menonton. Seram beb!

Pengarahnya, Raja Mukhriz memberitahu dia yakin naskah terbarunya ini bakal mendapat tempat di hati peminat.

“ Bukan cerita hantu tipikal, Percayalah! Mimpi dan tidur dua elemen yang diangkat dalam filem ini.

“ Saya berharap mood menonton filem hantu masih membara selepas penonton filem Malaysia disajikan dengan filem Hantu Kak Limah dan Munafik 2,” katanya.

Tambah Mukhriz, dia percaya tayangan 7ujuh dibuat pada waktu paling sesuai.

“ Jika dilihat dengan permintaan penonton Malaysia, masih ramai yang berminat dengan genre seram. Tetapi bukan filem seram semata-mata. 

“ Filem sebegini lebih dekat dengan masyarakat kita. 7ujuh tidak menampilkan hantu tipikal sebaliknya saya lebih menekankan mesej yang ingin disampaikan.

“ Walaupun ia filem tempatan tetapi ia mungkin ada persamaan dengan ciri-ciri filem antarabangsa. Sebab itu penonton Malaysia wajib ke panggung untuk menonton 7ujuh,” katanya di sidang media filem 7ujuh yang berlangsung di Damansara, baru-baru ini.

7ujuh dibintangi oleh pelakon hebat seperti Johan A’sari, Pekin Ibrahim, Aeril Zafrel, Siti Saleha, Marsha Milan dan ramai lagi.

Filem terbitan Primeworks Studios ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam tempatan bermula 8 November ini. Jom ke pawagan berdekatan yuk!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Dec 2023
Featured Tue, 13 Feb 2024

Naim Daniel Nafi Anti Golongan Agamawan, Perjelas Ciapan Tular Hanya Sekadar Luahan Perasaan

“Bukan semua khilaf boleh ditutup dengan berpenampilan suci” – Naim Daniel

Hiburan Thu, 27 Sep 2018

Walaupun Menderita Sakit, Hafiz Suip Terus Bangkit Demi Mentor 7

Rindu pula nak dengar suara Hafiz nyanyi kan?

TECH Wed, 5 Dec 2018

5 Sebab Akaun Facebook Boleh Disekat

Ini antara ciri-ciri akaun facebook anda boleh disekat.

Hiburan Thu, 12 Apr 2018

Panas! Kini Farid Kamil Bergaduh Dengan Adik Sendiri

Namun, apabila ditanya mengenai kenapa beliau tidak hadir pada acara melibatkan abangnya itu, Fadzil memberitahu bahawa dia tidak lagi menguruskan abangnya itu termasuklah kerjaya Farid kerana sudah mempunyai pembantu peribadi sendiri.

Hiburan Mon, 2 Sep 2019
Hiburan Tue, 24 Mar 2020

Susulan Arahan PKP, Kadar Tontonan Berita Televisyen Dan Digital Media Prima Catat Lonjakan Mendadak!

Sentiasa setia bersama rangkaian televisyen dan digital kami untuk segala maklumat yang berkualiti dan pantas.

Featured Sun, 20 Mar 2022