Categories: HiburanSelebriti

’Bukan Lagu Tentang Saya Tapi…’- Patrick Buka Mulut Kongsi Kisah Lagu Baru IAmNeeta

Tiga tahun tanpa single terbaharu, IamNeeta kini siap sedia menawan hati pendengar dengan ‘buah tangan’ terbaru berjudul Ilusi.

Menurut komposer yang merupakan anggota kumpulan IamNeeta, Patrick Anohado, dia menafikan lagu ini mengangkat pengalaman sendiri.

“ Saya hasilkan lagu ini berdasarkan pemerhatian sekeliling bukan kisah pengalaman sendiri. Tentang hubungan sesama insan. Ilusi tentang realiti seseorang yang dikongkong oleh pasangan atau keluarga.

“ Saya percaya ramai individu yang mengalami hal ini namun sukar menterjemahkan perasaan. Semua pasangan pasti mengharaokan pengakhiran terbaik namun harus kuat melalui cabaran yang ada. Semuanya saya terjemahkan menerusi lagu ini,” katanya.

Kumpulan IAmNeeta juga sebelum ini memaklumkan lebih selesa menyanyikan lagu ciptaan mereka sendiri berbanding komposer lain.

“ Bukan tidak mahu tetapi kami selesa menyanyikan hasil penulisan sendiri kerana ‘feel & touch’ lebih sampai.

“ Penjiwaan juga lebih mendalam apabila membawa lagu ciptaan kami sendiri. Bukan tidak mengalukan kolaborasi cuma lebih puas begini,” katanya.

IAmNeeta yang dianggotai oleh Patrick Anohada (gitar utama) Neeta Manisha (vokalis) dan Anas Zakwan (pemain bes).

Terdahulu mereka pernah tampil dengan beberapa buah lagu hits seperti Satu Dunia, Terima Kasih, Tuhan Tolong Aku dan Sakit.

SGMS Faida