Categories: Hiburan

Sharifah Sakinah Di Kecam Lagi

Sharifah Sakinah nama yang tidak asing lagi dalam menjadi model untuk pakaian sukan. Yang terbaru, Sakinah memuat naik beberapa gambar berpakaian dalam sukan bagi mempromosikan sebuah jenama besar sukan, Reebok.

Menerusi sekeping gambar yang dimuat naik, Sakinah sedang membuat satu pose sambil menggayakan pakaian dalam sukan lengkap. Tidak lama kemudian, penuh ruangan komen dibanjiri komen peminat.

Rata-rata mengecam tindakan Sakinah berpakaian yang didakwa tidak menunjukkan keperibadian orang Islam. Difahamkan netizen juga saling berbalah sesama sendiri apabila ada pihak mempertahankan Sakinah.

Namun apa yang menarik perhatian kami adalah satu komen oleh seorang indvidu yang sinis mengatakan neraka mengirim salam, tapi tidak lama kemudian Sakinah terus membalas salam tersebut dan minta jumpa disana.

SGMS Enal