Categories: Trending

Rahsia Kulit Flawless Buat Gadis ini Viral Di Twitter

Perkongsian seorang gadis di laman twitter mengenai rahsia untuk mendapatkan kulit yang licin dan cantik menyebabkan gadis ini menerima sehingga 23,973 likes di Twitter. Akaun pemilik twitter yang dikenali dengan nama umairaharis ini mendapat pelbagai komen dan feedback positif daripada netizen. Yelah siapa tak nak kulit cantik kan!

                              Sumber: https://twitter.com/umairaharis/status/1095179010185678848

Menurut akaun twitter pemilik ini, bird nest atau dikenali dengan sarang burung merupakan minuman pelbagai khasiat malah dengan mengamalkannya setiap hari dapat menjadikan kulit lagi berseri serta cantik. Perkara ini dialami oleh beliau sendiri setelah mendapat nasihat daripada seorang wanita berbangsa Cina yang ditemuinya. Wow! hebat betul pengaruh Aunty ni.

                                 Sumber: https://twitter.com/umairaharis/status/1095179010185678848       

Menurut gadis ini lagi,  minuman sarang burung ini diamalkannya selama 5-6 tahun. Fuyoo lama jugak tu! Malah gadis ini turut berkongsi bahawa khasiat sarang burung ini dapat  meningkatkan sistem imunisasi badan dan juga mampu menghilangkan breakout di wajah dengan cepat. 

Selain itu, gadis ini turut berkongsi pelbagai pilihan jenama minuman sarang burung yang boleh didapati di kedai dengan harga yang berpatutan. Malah turut terdapat sarang burung jenis raw yang boleh didapati dan dimasak sendiri. Sarang burung yang dimasak sendiri boleh dicampur dengan pemanis seperti Kurma dan Logan. Confirm lagi sedap!

                  Sumber: https://twitter.com/umairaharis/status/1095179010185678848

Perkongsian gadis ini telah mendapat ribuan retweet malah ada juga netizen yang terus terpengaruh dan segera mendapatkan minuman ini. Sampai macam tu sekali. 

Bukan itu sahaja, rata-rata komen yang diterima membuatkan netizen  berkongsi jenama pilihan sarang burung kegemaran mereka. Sememangnya sarang burung mempunyai khasiatnya yang tersendiri namun apa yang paling penting minuman ini halal dan mudah didapati di mana-mana je. Yang penting, halal. So, korang tunggu apa lagi? Jom kita sama-sama amalkan minuman bird nest ni!

 

Ad Ops