Bukti WhatsApp Antara Aliff Aziz & Ruhainies Didedahkan, Nama ‘Emma’ & ‘Chacha’ Pun Kena Petik Sebab Dakwa Bella Astillah Try Hard?

Kekasih Aliff Aziz, Sarah Yasmine menarik perhatian netizen selepas mendedahkan beberapa lagi bukti perbualan antara Ruhainies dan Aliff Aziz menerusi pesanan WhatsApp.

Sebelum ini, menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik, Sarah memaklumkan, tindakannya itu adalah berpunca dari sikap Ruhainies yang telah berbohong kepadanya.

Pada masa yang sama, nama ‘Emma’ dan ‘Chacha’ juga turut dipetik dalam perbualan mereka.

Menerusi perbualan WhatsApp, Ruhainies mendakwa Emma dan Chacha menngatakan kenyataan yang dibuat Bella sebelum ini adalah sesuatu perkara ‘try hard’ untuk membuatkan netizen percaya dengan apa yang dikatakannya.

Biarpun tidak menyebut nama secara jelas, warganet mula membuat spekulasi di ruangan komen XTRA dan mendakwa pelakon Emma Maembong dan adiknya, pelakon Chacha Maembong adalah insan yang dimaksudkan.

Terdahulu, Sarah tampil membuat pengakuan mendakwa dirinya menjalin hubungan cinta dengan Aliff sejak awal tahun ini.

Dan, pada 8 Mac lalu dunia hiburan dikejutkan dengan laporan mengenai Ruhainies dan Aliff  telah diserbu oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Polis Diraja Malaysia di kediaman mewah aktres itu di ibu negara.

ARTIKEL BERKAITAN:Sarah Yasmine ‘Spill The Tea’, Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Aliff Aziz & Ruhainies Kutuk Produk Kecantikan – “B*bi Untuk B*bi”

ARTIKEL BERKAITAN:Panggil ‘Sayang’, ‘I Love You’… Bukti Perbualan WhatsApp Aliff Aziz Dengan Ruhainies Didedahkan! Dakwa Ada Rancangan Jahat Jatuhkan Bella Astillah?

ARTIKEL BERKAITAN: Siap Kongsi Video Cium Pipi! Mengaku Jalin Cinta Sejak Januari 2024, Wanita Ini Cerita Kronologi Hubungan Dengan Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas Pendedahan Bukti Pesanan WhatsApp, Video Cium Pipi & Rancang Jatuhkan Bella Astillah, Ibu Aliff Aziz Kini ‘Deactivate’ IG?

Salma Syahbuddin