Categories: Trending

Nama Terkait Isu Ruhainies, Aliff Aziz & Bella Astillah… Emma Maembong Akui Khilaf, Nafi Back-Up Mana-Mana Pihak

“Maaf atas salah faham ini,” kata aktres Emma Maembong selepas namanya dikaitkan dalam kontroversi curang di antara pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies yang didedahkan oleh Sarah Yasmine, sebentar tadi.

Terdahulu, Sarah tampil membuat pendedahan mengejut berkaitan perbualan Aliff dan Ruhainies yang mengutuk dan memburukkan Bella di aplikasi WhatsApp dan secara tidak langsung nama Emma dan adiknya, Chacha Maembong dipetik.

Enggan menimbulkan sebarang spekulasi, Emma tampil memberikan penjelasan menerusi sebuah hantaran di Instagram.

“Saya nak cakap jujur. Sepanjang saya shooting case Bella ni memang jadi bualan kat set. Jadi saya ada terdengar rumors cerita macam-macam tentang Bella.

“Masa saya dengar tu saya rasa kesian kat Bella. Saya perempuan sudah tentu saya faham perasaan dia dan sudah tentu saya tahu rasa sakitnya. Tapi ada juga yang bercerita perkara yang sebaliknya.

“Timbulnya salah faham kat sini sebab saya ada berborak dengan Ruhainies. Saya voice note Ruhainies dan tanya betul ke orang cakap Bella macam ni?

“Benda tu adalah pertanyaan berdasarkan apa yang orang cakap di set. Bukan saya fitnah, mengutuk, bukan saya sebelahkan sesiapa.

“Benda yang saya tanya tu pun benda yang dah viral. Saya hanya mendengar tak pernah terlintas untuk mengutuk Bella,” jelasnya.

Dalam pada itu, Emma turut menjelaskan hubungannya bersama Bella dan Ruhinies hanyalah sekadar kawan biasa dan kenalan yang sering bertemu di acara.

Namun, dia mengakui khilafnya kerana masuk campur perihal rumah tangga Bella bersama Aliff.

“Sejujurnya saya tidaklah rapat dengan dia (Bella) dan kami hanya berjumpa ketika di mana-mana acara sahaja. Begitu juga dengan Ruhainies.  Mereka ni bukanlah kawan yang rapat-serapatnya.

“Saya baik dengan dua-dua ni dan tiada masalah dengan mereka. Ada satu hari tu saya pergi event Mawar, masa di event tu saya ada terjumpa dengan bella dan berborak dengan dia.

“Dan saya hanya meluahkan rasa simpati kepada dia dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.Silap saya saya pergi bertanya Ruhainies. Tapi saya takda side kat sesiapa.  Apa yang salah, tetap salah

“Sampailah voice note yang saya hantar dekat Ruhainies tu sampai dekat Bella awal. Lepastu ada seorang artis ni tanya saya betul ke ni suara saya.

“Lepas tu saya terus jelaskan pada Bella. Saya memang tak ada niat pun, saya cuma dengar apa orang cakap dan bertanya. Salah saya juga sebab hal rumah tangga orang kan saya tak boleh masuk campur pun,” katanya.

Emma bagaimanapun menegaskan hubungannya bersama Bella baik-baik sahaja selepas menjelaskan salah faham yang berlaku kepadanya.

“Kami ada bercakap dan kami ada rancang untuk berjumpa tapi atas sebab tertentu kami tak dapat nak berjumpa. Tapi lepas tu apa yang saya tanya tu viral. Memang silap saya pergi tanya Ruhainies. Tapi bukan saya kutuk dia.

“Saya buat video ni pun sebab taknak orang salah faham tapi saya tak sebelahkan sesiapa pun. Saya siap ajak Bella berjumpa pun kami memang baik. Saya hanya tanya perkara itu sekali je.

“Selebih daripada tu saya tak ada tanya dan tidak berhubung or sebelahkan sesiapa. Apa yang berlaku antara Ruhainies dan Aliff pun saya tak ambil tahu.Saya dan Chacha pun takda kutuk Bella.

“Saya nak minta maaf kat Bella, saya tahu saya tak patut jadi kepoci. Saya tak sokong sesiapa, saya takda side sesiapa saya minta maaf,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Sarah Yasmine ‘Spill The Tea’, Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Aliff Aziz & Ruhainies Kutuk Produk Kecantikan – “B*bi Untuk B*bi”

ARTIKEL BERKAITAN:Panggil ‘Sayang’, ‘I Love You’… Bukti Perbualan WhatsApp Aliff Aziz Dengan Ruhainies Didedahkan! Dakwa Ada Rancangan Jahat Jatuhkan Bella Astillah?

ARTIKEL BERKAITAN: Siap Kongsi Video Cium Pipi! Mengaku Jalin Cinta Sejak Januari 2024, Wanita Ini Cerita Kronologi Hubungan Dengan Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas Pendedahan Bukti Pesanan WhatsApp, Video Cium Pipi & Rancang Jatuhkan Bella Astillah, Ibu Aliff Aziz Kini ‘Deactivate’ IG?

ARTIKEL BERKAITAN: “Inilah Kemanisan Orang Bersabar” – Sudah Bersua Muka, Bella Astillah Lega Sarah Yasmine Bersikap Jujur & Kemuka Bukti Tambahan

Fatin Nurain