Cantik Bertudung, Sweet Qismina Buat Peminat Terpukau

Pelakon Sweet Qismina tampil memukau seluruh peminatnya selepas tampil bertudung ketika membuat video TikTok, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Sweet kelihatan manis mengenakan tudung bercorak biru dan merah jambu sambil membuat trend TikTok menggunakan lagu Afgan yang berjudul Panah Asmara.

“1% before battery habis 😬💕,” tulisnya.

@sweetqisminaofficial1% before battery habis 😬💕♬ Panah Asmara Speed Up – abil bil bil bil

Menerusi tinjauan di ruangan komen, rata-rata peminatnya terpegun dengan kecantikkannya mengenakan tudung tersebut dan berharap pelakon itu akan kekal istiqamah suatu hari nanti.

“Cantik sis pakai tudung.. Semoga terus pakai tudung.

“Cantiknyerrrrr….Bila sweet pakai tudung🥺😳 Semoga istiqamah.

“Manisnya awak bertudung sweet,” komen peminatnya.

Fatin Nurain