Categories: HiburanTrending

“Cari Imam Untuk Tarawih, Dapat Imam Seumur Hidup” – Rupanya Ini Permulaan Detik Cinta Neelofa & PU Riz… Sweet Sungguh!

Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa mendedahkan dirinya mula jatuh cinta dengan suaminya, Haris Ismail atau PU Riz ketika pendakwah itu menjadi imam solat tarawih di rumah keluarganya pada 2020.

Menurut Neelofa, Haris adalah insan terakhir yang dipanggil selepas beberapa nama lain tidak berkelapangan.

“Sebelum ini, kami pernah beberapa kali bekerjasama. Masa tu tahulah dia ‘handsome’ (kacak). Sewaktu puasa ketika Covid-19 tahun 2020, saya cari imam solat tarawih di rumah. Lepas tu, orang itu tak boleh, ini tak boleh.

“Akhir sekali saya terfikir pernah kerja dengan PU Riz, jadi panggil dia sajalah. Bila panggil, pertama kali pergi rumah mak, Ya Allah, terjatuh cinta,” katanya menerusi salah sebuah temu bual yang diacarakan oleh Nabil dan Elly Mazlein.

@mummy_raden_penang @nun.haa @hrisbismail #meletop #meletopfyp #neelofa #fyp #lovelofa #astro #sweetcouple #berandatiktok ♬ original sound – Gusti Putri Raden Loffa

“Cari imam untuk tarawih, dapat imam seumur hidup,” seloroh Nabil yang sempat mengusik pasangan itu.

Rakaman wawancara itu meraih perhatian wargamaya dan telah dimuat naik semula di aplikasi TikTok.

Ketika Neelofa menceritakan mengenai perkara terbabit, Haris yang kelihatan tersipu malu hanya tersenyum dan beberapa kali mencelah.

“Cerita macam ni malu, cerita sikit-sikit saja. Okay cukup, ringkas, padat dan sampai,” katanya.

Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan selamat menimang cahaya mata pertama mereka, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa mendedahkan dirinya mula jatuh cinta dengan suaminya, Haris Ismail atau PU Riz ketika pendakwah itu menjadi imam solat tarawih di rumah keluarganya pada 2020.

Menurut Neelofa, Haris adalah insan terakhir yang dipanggil selepas beberapa nama lain tidak berkelapangan.

“Sebelum ini, kami pernah beberapa kali bekerjasama. Masa tu tahulah dia ‘handsome’ (kacak). Sewaktu puasa ketika Covid-19 tahun 2020, saya cari imam solat tarawih di rumah. Lepas tu, orang itu tak boleh, ini tak boleh.

“Akhir sekali saya terfikir pernah kerja dengan PU Riz, jadi panggil dia sajalah. Bila panggil, pertama kali pergi rumah mak, Ya Allah, terjatuh cinta,” katanya menerusi salah sebuah temu bual yang diacarakan oleh Nabil dan Elly Mazlein.

“Cari imam untuk tarawih, dapat imam seumur hidup,” seloroh Nabil yang sempat mengusik pasangan itu.

Rakaman wawancara itu meraih perhatian wargamaya dan telah dimuat naik semula di aplikasi TikTok.

Ketika Neelofa menceritakan mengenai perkara terbabit, Haris yang kelihatan tersipu malu hanya tersenyum dan beberapa kali mencelah.

“Cerita macam ni malu, cerita sikit-sikit saja. Okay cukup, ringkas, padat dan sampai,” katanya.

Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan selamat menimang cahaya mata pertama mereka, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

Padin