‘Childhood Trauma’ Punca Diserang Bipolar, Andi Bernadee Sifatkan Janna Nick Seorang Yang Tenang

Selain mendedahkan ‘coping mechanism’ melawan bipolar, pelakon Janna Nick memberitahu dirinya mempunyai penyakit itu sejak kecil lagi.

Biarpun sering dianggap penyakit itu baru menyerangi dirinya, Janna menyatakan doktor yang merawatnya telah mengesahkan dia mempunyai bipolar disoder sejak kecil yang berpunca daripada ‘childhood trauma’.

“Saya pergi jumpa doktor dan mereka diagnos saya ada bipolar disorder and dia sebenarnya genetik. Ketika saya didiagnos, saya memang dah teruk sebab tak pernah dirawat, tak makan ubat dan sebagainya

“Doktor cakap kalau orang yang memang dah ada sakit ni dari kecil, lama-lama dia akan teruk.

“Ramai orang cakap Janna Nick ada bipolar sekarang, sebab ada isulah, apalah. Saya ada bipolar daripada saya kecil cuma saya tak pernah pergi jumpa doktor. Doktor diagnos saya ada childhood trauma so benda tu buat saya jadi teruk,” katanya.

Pendedahan itu telah dibuat oleh Janna menerusi sesi podcast bersama penyanyi, Zain Hamid di  platfom YouTube, 3SixtyK.

Namun, menerusi perkongsian itu Janna mengakui dirinya kerap tidak makan ubat kerana tindak balas ubat tersebut tidak sesuai dengan kerjayanya sebagai seorang pelakon.

“Everytime kalau saya jumpa doktor saya, dia akan marah saya. Bipolar tak ada ubat dan tak sama macam depression and anxiety. Bipolar is chemical inbalance. So, ubat tu untuk buat saya tenang je.

“Ubat tu tak sesuai dengan kerja kita. Ubat tu buat saya baik sangat, setenang-tenang manusia, tak boleh marah, emotionless, tak nangis dia buat saya numb,” katanya.

Sebelum ini, Janna sering dilabelkan sebagai seorang yang sukakan perhatian kerana sikapnya yang sering ketawa dengan kuat.

Namun, pelakon itu tampil menyatakan itu merupakan salah satu cara untuk dirinya melawan sakit bipolar yang dialaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Gelak Kuat Kerana Suka Perhatian, Janna Nick Berlawan Dengan Penyakit

Ketika sesi temu bual itu dijalankan, Janna turut diserang penyakit itu, namun kembali tenang demi menyelesaikan rancangan itu.

“Sekarang i’m at my depression phase, but you cannot see it, sebab im faking it. So, its really hard sebab i need to fight my ownself,” kongsinya.

Dalam pada itu, penyanyi dan pelakon Andi Bernadee merupakan salah seorang rakan baik kepada pelakon wanita itu secara tidak langsung mengakui dia pernah menjadi saksi ketika Janna diserang penyakit itu.

Perkongsian teersebut telah dibuat oleh Andi ketika ditemu ramah oleh pihak XTRA bagi mempromosikan drama Melastik Ke Hatimu 2, yang bakal ditayangkan di TV3.

“Apa yang saya nampak dia seorang yang tenang sebenarnya. Dekat set pun takdalah nampak dia punya bipolar ke apa. Jadi, saya pernahlah nampak di sisi masa benda tu attack dia.

“Bagi saya benda tu bukanlah sengaja dibuat-buat. Kalau benda tu memang trigger dia, apa yang kita buat kita cuma perlu tenangkan dia,” kata Andi.

Fatin Nurain