Cinta Tanpa Henti Gandingkan Aeril Zafrel dan Elizad Sharifuddin

Semakin hari semakin melimpah  nampaknya rezeki buat pelakon Aeril Zafrel ni. Dilihat semakin aktif membawakan watak utama dalam siri drama televisyen, Aeril Zafrel kini kembali lagi di kaca televisyen dengan drama terbaru beliau iaitu Cinta Tanpa Henti bersama Elizad Sharifuddin.

Antara barisan para pelakon Cinta Tanpa Henti adalah Farahdhiya, Isa Khan, Nadia Brian,  Shahz Jaszle, Nynaa Harizal, Hafidz Roshdi, Arash Mohd dan ramai lagi. 

Cinta Tanpa Henti mengisahkan kisah cinta antara dua darjat iaitu Sumayyah (Elizad Sharifuddin) dan Hisyam (Aeril Zafrel). Sumayyah merupakan anak kepada pemilik syarikat penerbangan ternama iaitu Edruce Airlines. Tuan Rahim (Arash Mohd) bapa kepada Sumayyah berhasrat menjodohkannya dengan Zarif (Isa Khan) anak kepada rakan baiknya dengan niat untuk melebarkan empayar perniagannya. 

Sumayyah yang tidak menaruh perasaan kepada Zarif telah bertemu dengan Hisyam, seorang pelukis jalanan. Pertemuan tanpa sengaja mereka membibitkan rasa cinta, Hisyam mengganggap Sumayyah merupakan wanita tercantik yang pernah ditemuinya namun hubungan mereka tidak mendapat restu orang tua Sumayyah.

Perkahwinan antara Sumayyah dan Hisyam diuji apabila mendapat tentangan daripada ramai pihak, Sumayyah turut disyaki menghidapi penyakit sirosis.Dalam pada itu, kakak  Sumayyah iaitu Salina (Faradhiya) dalam diam mencemburui Sumayyah. dan berniat untuk menjatuhkan adiknya.

Apakah yang akan berlaku dalam episod duka ini? Adakah perkahwinan Sumayyah dan Hisyam akan berkekalan? Bagaimana pula dengan  campur tangan dari keluarga Sumayyah setelah mengetahui penyakit yang dihidapinya?

Sama-sama kita saksikan drama Cinta Tanpa Henti mulai 26 Februari di Slot Samarinda pada jam 10 malam setiap hari Isnin sehingga Khamis. Jangan lupa untuk menonton drama ini di laman web tonton dan TV3 Official.

 

Ad Ops