Nick Jonas Hadiahkan Isteri Kereta Mewah, Untungnya!

Bukti betapa kasihnya kepada isteri yang dikahwininya pada Disember lalu, penyanyi Nick Jonas menghadiahkan sebuah kereta Mercedes Maybach berwarna hitam, baru-baru ini.

Berita gembira ini dikongsi oleh pelakon wanita itu yang memperlihatkan dia bergambar bersama kereta barunya itu.

” Bila suami di tempat pertama, isteri pula menerima @maybach. Memperkenalkan ekstra Chopra Jonas…haha…saya cintakan awak! Yaaay! Suami terbaik,” katanya. 

Harga kereta Mercedes Maybach S650 keluaran tahun 2019 ini dianggarkan mencecah hampir RM 1.5 juta. 

Dalam perkembangan lain, Nick kini terus menempa kejayaan  bersama kumpulan Jonas Brothers apabila lagu mereka berjudul ‘Sucker’ berjaya menduduki tempat pertama di Billboard Hot 100.

SGMS Faida