Comelnya! Gelagat Anak Zahiril Adzim Baca Ucapan Raya Sambil Tengok Skrip Buat Netizen Terhibur

Gelagat anak kepada pasangan pelakon Zahiril Adzim dan Shera Aiyob, Nadi Anaqi membuat ucapan Raya berbentuk pantun menarik perhatian netizen.

Menerusi perkongsian di TikTok Zahiril,

Anaqi yang berada bersama Zahiril dan Syera membaca ucapan sambil menundukkan kepalanya untuk melihat skrip.

@zahiriladzimSelamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

♬ original sound – Zahiril Adzim

Video berkenaan meraih pelbagai reaksi warganet geli hati melihat gelagat dan kecomelan Anaqi yang gigih membaca skrip.

Malah, ada yang memuji cara mereka sekeluarga memberi ucapan Raya ala klasik dan retro seperti hari graduasi.

“Comel je dia baca skrip, I love this retro vibes. Anaqi so cute! Happy daddy anak ikut skrip. So cute Anaqi suka sangat.

“Love vibes macam ni. Music time tengah tunggu turn ambil scroll graduation. Adat istiadat konvo ke ni? Classic vibes,” ujar netizen.

Nurul Hana