Selamat Lahirkan Anak Lelaki…Tahniah Adira!

Tahniah buat penyanyi Adira Suhaimi yang selamat melahirkan bayi lelaki, semalam.

Berita gembira ini dikongsi menerusi laman Instagramnya.

Difahamkan penyanyi yang merupakan isteri kepada Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red ini melahirkan lelaki di sebuah hospital swasta di Sungai Buloh, Selangor, pada jam 10.21 pagi semalam.

Melalui entri yang dimuat naik di Instragram, Adira memberitahu puteranya itu selamat dilahirkan dengan berat 3.8 kilogram.

Foto berkenaan memaparkan kad butiran kelahiran bayi yang antara lain membabitkan jantina, waktu bersalin dan berat badan.

Adira dan suami memiliki seorang lagi cahaya mata perempuan bernama Anggrek yang berusia setahun. Tahniah sekali lagi dari kami untuk Adira dan suami!

SGMS Faida