Idris Khan Asyik Tunda Je, Bila Nak Kahwin?

Sebelum ini pelakon berbadan sasa, Idris Khan pernah memberitahu bakal menamatkan zaman bujangnya bersama seorang gadis Maghribi bernama, Sanaa, namun menurut Idris majlis tersebut terpaksa ditangguhkan kerana tunangnya itu kini sibuk dengan kerjanya sebagai seorang model. 

Tambahnya lagi, perkahwinannya ini tidak akan berlangsung seperti yang telah diwar-war kan sebaliknya mungkin akan dijalankan pada tahun hadapan. 

“Sebenarnya hubungan saya dan tunang baik-baik sahaja, dan tiada isu dianatara kami. Cuma disebabkan jadual kerja saya yang terlalu sibuk sehingga ke hujung tahun ini menyebabkan saya terpaksa tunda majlis pernikahan kami. Tambah lagi saya bakal terikat dengan sebuah filem akan datang, jadi saya ingin fokuskan dahulu kepada karier saya sebelum mendirikan rumah tangga.” 

“Mengenai bila akan diadakan, saya tak boleh cakap bila yang pasti bukan tahun ini dan kemungkinan pada tahun hadapan. In shaa Allah saya akan maklumkan mengenai majlis perkahwinan ini setelah semua persiapan telahpun dilakukan.” Katanya

Terbaharu, Idris Khan juga bakal muncul dalam sebuah drama berjudul Salon yang akan disiarkan disaluran ntv7 pada September ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk saksikan drama lakonan Idris Khan dan juga Juliana Farhana okay!

Salma Syahbuddin