Featured By: Salma Syahbuddin August 11, 2023 @ 11:52am

Dakwaan Kereta Kena Tarik & Gadai Barang Berharga, Lisdawati Tampil Buka Mulut -“4 Tahun Tak Ada Job Tu Cerita Inspirasi!”

Pelakon Lisdawati yang juga isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi menegaskan bahawa perkongsiannya sebelum ini yang mengatakan dia terpaksa bergolok gadai telah disalah ertikan.

Katanya, dugaan tidak diberikan tawaran lakonan dek kerana mengambil keputusan untuk menegenakan hijab selama empat tahun itu merupakan cerita inspirasi yang ingin dikongsikannya kepada umum.

Malah, ujian kewangan yang diterimanya itu juga merujuk kepada hubungannya bersama suami dan anak-anak yang akhirnya kekal sepakat untuk susah senang bersama-sama.

“Empat tahun tak ada job itu adalah cerita inspirasi saya sendiri. Pengalaman berharga untuk saya ingat. Kuncinya adlah sabar.

“Saya percaya Allah uji sebab sayang. DIA uji sebab nak tengok saya bertahan atau tidak. Saya nak terus bertudung atau tidak.

“Alhamdulillah saya pilih kekal istiqamah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Tidak Diberi Tawaran Berlakon, Lisdawati Terpaksa Bergolok Gadai – “Sebab Saya Pakai Tudung Ke?”

Meskipun dia sebelum ini memaklumkan kereta miliknya pernah ditarik, namun itu tidak bermaksud kereta milik suaminya juga menerima nasib sama dan ia hanyalah sekadar peringatan untuk individu di luar sana supaya menjaga sumber pendapatan.

“Diuji dengan masalah kewangan kami sepakat kekal bersama. Susah dan senang, Alhamdulillah.

“Pengalaman kereta kena tarik itu ada. Itu saya tetapi bukan suami saya. Tapi alhamdulillah dapat balik sebab dah selesai (penulisan tidak jelas jadi masalah dekat saya).

“Itu adalah sebagai motivvasi untuk saya supaya menjaga bulanan dengan betul,” jelasnya.

Perkara itu dikongsi Lisdawati atau nama penuhnya, Nisdawati Nazaruddin, 44, menerusi hantaran video di Instagram miliknya pada Khamis.

Dalam pada itu, Lisdawati memaklumkan, dia berkongsi mengenai perkara itu bukan kerana dia riak atau mahu menunjuk kehebatan sebaliknya pengalamn tersebut boleh dijadikan pengajaran.

“Saya berkongsi bukan sebab saya baik atau saya hebat. Tapi jika ianya berguna, baik untuk diikuti, Alhamdulillah.

“Maaf atas kekurangan saya sebagai hamba Allah. Maaf jika ada anda yang tak suka dengan saya. Say atidak mahu mencari musuh tapi saya mencari jalan yuntuk saya kembali kepada pencipta.

“Saya baca dan saya hadam semua mesej anda semua dalam hati. Saya serah semuanya kepada Allah. Semoga DIA memberi kebahagiaan buat anda semua,” ujarnya.

Terdahulu, Lisdawati mendedahkan dia pernah diuji tanpa sebarang tawaran berlakon selama empat tahun dek kerana dia mengambil keputusan untuk bertudung.

Sehinggakan, mereka suami isteri terdesak memerlukan wang sehingga terpaksa menggadai barangan berharga selain kereta ditarik pihak bank.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Jul 2019
Featured Tue, 30 May 2023
Trending Fri, 22 May 2020

Mengejutkan! Wanita Ini Dijangkiti Covid-19 Sebanyak 8 Kali

So, jangan ambil mudah simptom yang mungkin biasa bagi korang okay

Events Wed, 3 Apr 2019
Hiburan Wed, 27 Jun 2018

Faye Kusairi Mahu Berjumpa Elly Mazlein?

Faye Kusairi yang juga merupakan isteri kepada pengarah, Azmi Hatta turut meluahkan rasa syukur kerana kemelut antara suaminya dan bekas isteri iaitu Elly Mazlein akhirnya berakhir

Hiburan Thu, 27 Dec 2018

Miley Cyrus – Liam Hemsworth Dah Kahwin?

Selepas 10 tahun berkawan, akhirnya…

Contest Fri, 22 Mar 2019

#xtraGiveaway: Catch Disney On Ice Mickey’s Super Celebration Swirling into Town!

If you’re lucky you can win free tickets to the show!