Hiburan By: Salma Syahbuddin June 27, 2018 @ 2:17am

Faye Kusairi Mahu Berjumpa Elly Mazlein?

Pada hari raya yang lepas, Elly Mazlein telah memuat naik gambar beserta status dilaman instagram miliknya mengatakan bahawa beliau bersyukur apabila bekas suaminya, Azmi Hatta telah berkunjung ke rumah beliau bagi menziarahi anak mereka Putri Sara Sefhia yang berusia dua tahun. Menerusi instagram miliknya itu, Elly mengakui begitu gembira dan mahu berubah menjadi lebih baik untuk kebahagian anak mereka.

Sumber : Instagram @iamellymazlein

Dan, disebabkan hal tersebut Faye Kusairi yang juga merupakan isteri kepada pengarah, Azmi Hatta turut meluahkan rasa syukur kerana kemelut antara suaminya dan bekas isteri iaitu Elly Mazlein akhirnya berakhir. 

“Alhamdulillah, saya bersyukur sebab doa-doa dan harapan kami dimsakbulkan. Saya pun nak ucap terima kasih kepada Elly sebab sudi berdamai demi masa depan anak dia dan Azmi.” Katanya

Faye bersama suaminya, Azmi Hatta dan keluarga ketika menyambut ulangtahun kelahirannya

Faye atau nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 32, memberitahu bahawa beliau sangat gembira sekiranya dapat berjumpa dan bersemuka dengan Elly dan Sefhia. 

“…sudah tentu saya gembira kalau dapat berjumpa dengan mereka. Sefhia juga anak suami saya. Itu adalah hakikat dan penerimaan saya dari awal lagi. Malah, saya tidak akan pernah putus asa untuk berdoa dan mengharapkan kami semua dapat berbaik semula sehingga ke akhir hayat.” Jelasnya

Dalam perkembangan lain, Faye mengakui sangat sibuk menjalani kehidupan sebagai seorang ibu namun mengakui masih aktif dalam bidang seni. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Mar 2023
Featured Tue, 13 Dec 2022

Aaron Aziz Beri Teguran Orang Islam Minta Di Tilik Nasib

Min setuju dengan teguran Aaron tu..

Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Hiburan Mon, 26 Feb 2018

Kilafairy dilabel Penari Tiang? Bikin Orang Ramai Naik Ghairah

Ada pihak yang turut mengecam beliau kerana penampilannya yang dilabel sebagai Penari Tiang sekaligus ada yang menjadikan beliau sebagai simbol seks kerana bentuk tubuhnya itu.

Hiburan Wed, 10 Oct 2018

40 Tahun Berlakon, Jalil Hamid Rasa Terhina Angkara Syarikat Produksi?

Terasa penat dan sia-sia pulak mengumpul 7…8 anugerah dan ANUGERAH pelakon terbaik dan popular selama hampir 40 tahun.

Hiburan Mon, 1 Oct 2018

Janji Lain Dapat Lain, Aishah Kecewa Dipermainkan Lagi?

Saya tak taulah nak nangis ke nak ketawa. Dahlah susah payah nak tuntuh hadiah, siap dengan maki hamunnya, sekarang diberitahu yang tanah yang dijanjikan bukanlah lot banglo. Tapi tanah yang lebih kecil. Sabarlah ya Kak Aishah…

Featured Fri, 24 Mar 2023