Featured By: Maya Basir February 7, 2023 @ 7:32pm

Danial Zaini Tak Serik Dikecam Netizen – “Ada Masa Perlu Ikut, Ada Masa Kena Lari Sikit…”

Pelawak Danial Zaini memberitahu tidak serik untuk kembali mengacara program televisyen (TV) walaupun pernah dikecam sewaktu mengendalikan program realiti stesen TV berbayar, tahun lalu.

Menurut Danial atau nama sebenar Mohamad Danial Mohd Zaini, dia tidak pernah kecewa dengan apa yang telah berlaku, sebaliknya netizen yang memanaskan lagi keadaan.

“Saya masih menerima beberapa tawaran mengacara walaupun dikecam teruk sebelum ini. Saya tidaklah sampai tahap serik untuk kembali mengacara selepas ini, boleh sahaja panggil saya.

“Tetapi, saya risau orang lain serik lihat saya mengacara. Ada yang kata saya kecewa, tetapi sebenarnya saya baik sahaja di rumah.

“Selepas kejadian itu, saya kurang mengacara, tetapi saya baik sahaja. Cuma, netizen menggembar-gemburkannya.

“Bagaimanapun, saya gembira dengan apa yang berlaku kerana sekurang-kurangnya dapat belajar perkara baharu,” katanya.

Danial ditemui semasa Majlis Pelancaran Restoran Paku & Pontianak cawangan kedua yang bertempat di Jalan Gurney, Kuala Lumpur.

Tambahnya, dia menganggap segala apa yang berlaku adalah pengajaran buat dirinya.

“Selepas kejadian itu barulah saya faham, bidang pengacaraan ini tidak hanya perlu mengikut skrip sepenuhnya.

“Ada masa perlu ikut dan ada masa perlu lari sikit daripada skrip bergantung kepada situasi ketika itu.

“Tidak semua perlu berpandukan skrip, cuma perlu faham perjalanan program dan selebihnya terpulang kepada kreativiti pengacara itu,” jelasnya.

Pada masa sama, Danial turut menegaskan bahawa sensitiviti umum tetap menjadi keutamaan ketika mengacara.

“Sudah tentu sensitiviti perlu menjadi keutamaan ketika mengacara, tetapi dalam masa sama, kita perlukan hiburan. Program televisyen perlukan elemen kelakar dan kontroversi.

“Perkara ini tidak dapat dielakkan, apa sahaja program sangat memerlukannya. Ia sudah masuk kategori wajib, kalau tidak ada, maka tak seronok,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Danial kini mengusahakan Restoran Paku & Pontianak yang baru dibuka secara rasmi, baru-baru ini.

Restoran yang mengetengahkan konsep menghargai wanita itu menyediakan pelbagai juadah seperti Australian Black Angus Grain Fed Tomohawk Steak, Ribeye Steak, Sirloin Steak, Lamb Moussaka dan banyak lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 6 Mar 2020
Events Tue, 20 Nov 2018

Barisan Penyanyi Nasyid Terkenal Di Hubbu Rasul 24 November Ini

Persembahan ini akan dihoskan oleh Imam Muda Nazrul serta membariskan artis-artis nasyid berkumpulan seperti Raihan & Rabbani, artis duo Mawi & Daly Filsuf (Ahli Fiqir), serta artis solo seperti Aris Ariwatan & Raqib Majid. Kemasukan adalah PERCUMA, jom meriahkan Hubbu Rasul.

Hiburan Wed, 9 Jan 2019

Bapa Aizat Amdan Meninggal Dunia

Al- Fatihah buat Datuk Amdan Bin Hj Mat Din…

Trending Tue, 3 Aug 2021
Hiburan Wed, 8 May 2019

‘Nak Guna Gambar Tak Salah, Tapi…’- Azhan Rani Tegur Peniaga

Hah, dengar tu…kan Syed Hamadi dah mula bersuara!

Hiburan Tue, 17 Apr 2018

Pengulas Fesyen Ini Dikutuk Netizen, Kritik Tetamu Berat Lebih 60kg Hadir Fashion Show

Siapa yang tidak kenal dengan Zaihani Mohd Zain, pengkritik dan pengulas fesyen tempatan ini akhirnya menyuarakan ketidakpuasan hati beliau terhadap tetamu yang berbadan besar yang hadir ke acara pertunjukkan fesyen

Hiburan Thu, 13 Dec 2018

Nora Danish Hoping for a Baby Girl in 2019

Having three sons, the actress and her husband hope to get a baby girl next year.

Featured Tue, 28 Dec 2021

“Betapa Jijiknya Kita Kalau Masih Merungut Tentang…” – Azhan Rani Sedih Penduduk Pedalaman Masih Tak Dapat Bantuan Banjir

Pelakon Azhan Rani yang juga merupakan seorang individu aktif membantu mangsa-mangsa terjejas banjir berkongsi pengalaman berjumpa dengan seorang mangsa banjir yang hilang tempat berteduh di Kampung Batu Kapor, Mentakab, Pahang. Melalui hantaran Instagram miliknya, Azhan

| Live TV