Bapa Tiri Jutawan Bukan ‘Lesen’ Nak Hidup Mewah

Walaupun bapa tirinya bergelar salah seorang jutawan terkemuka di Indonesia, penyanyi Dul Jaelani tidak pernah mengambil kesempatan dengan meminta wang sesuka-hati. 

Akui anak kepada pengasas kumpulan Dewa 19 Ahmad Dhani ini, dia memiliki alasan tersendiri tidak melakukan demikian.

Daddy (merujuk kepada bapa tiri) tidak pernah ajar kami adik beradik untuk mewah atas usaha orang lain. Jika saya mahu mendapatkan wang, saya usahakan sendiri. Tidak bermakna saya boleh menggunakan kesempatan atas kekayaan Daddy untuk kepentingan sendiri. 

“ Saya juga jarang diberi barang mewah,” akuinya ketika ditemubual oleh pengacara terkenal, Raffi Ahmad.

Namun begitu, bapa tirinya itu hanya memberi wang apabila Dul mahu ke luar negara.

“ Kalau ke luar negeri, saya mengaku daddy ada beri sedikit ‘sagu hati’.

Daddy mahu kami adik beradik, saya, Al dan El belajar berdikari dan tahu mencari duit sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain,” katanya.

Ibu kepada Dul, penyanyi Maia Estianty berkahwin dengan jutawan terkenal Indonesia, Irwan Mussry pada 29 Oktober tahun lalu di sebuah masjid di Tokyo, Jepun.

SGMS Faida