“Dari Kawan Baik Terus Tak Nak Kawan Sebab…” – Anzalna Nasir Dedah Rakan Berubah Selepas Pinjamkan Duit

Pelakon Anzalna Nasir mendedahkan kawan baiknya masih tidak memulangkan semula wang yang telah dipinjam.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia memuat naik hantaran tentang dosa yang tidak diampuni walaupun mati dalam keadaan syahid iaitu tentang hutang.

Menurutnya, dia sejenis yang tidak suka menagih hutang dan dipercayai kawannya mula menjauh selepas membuat pinjaman wang tersebut.

“Bila tengok video ni tiba-tiba teringat ada orang berhutang dengan I! Hampir lupa.

“Orang yang berhutang biasanya memang akan berubah menjadi seorang yang shy ke macam mana?,” ujarnya.

Tambah Anzalna, dia tidak akan menghalalkan wang tersebut selagi tidak dibayar semula.

“I paling malas nak minta duit dengan orang yang berhutang biarlah dia sendiri ingat. Kalau tak ingat juga, tanggunglah dekat akhirat.

“Dari berkawan baik dengan I terus taknak jadi kawan I sebab taknak bayar hutang. Bagi pinjam duit salah, tak bagi pun salah,” katanya.

Maya Basir