[VIDEO] Kembali Bergandingan, Intan Ladyana & Shaheizy Sam Buat Peminat Tak Keruan – “Adnan Sempit Is Back!”

Pasangan pelakon yang popular menerusi siri filem Adnan Sempit, Shaheizy Sam dan Intan Ladyana kembali bergandingan.

@pakmatwestern Perangai sebijik dalam Adnan Sempit 🤣 #fyp #adnansempit ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Sam berkongsi video gandingan bersama Intan menerusi hantaran terbaharu di laman sosial Instagram miliknya.

“Di mana ada kemahuan di situ ada…… Dah 13 tahun, namun tetap seperti dahulu,” tulis Sam di ruangan kapsyen.

Video tersebut adalah sebuah iklan untuk mempromosikan produk makanan yang terkenal.

Penampilan dua pelakon hebat itu membuatkan peminat tidak keruan kerana teringat kembali filem Adnan Sempit yang dilakonkan oleh mereka berdua dan ia turut diselitkan sedikit aksi seolah-olah filem Polis Evo di penghujung video.

Menjengah ke ruangan komen, netizen yang merindukan gandingan mereka berdua memberikan pelbagai respons terhadap video terbabit.

“Rindu korang berlakon! We want more.

“Ya Allah baru je duduk fikir, teringin nak tengok gandingan terbaru Adnan Sempit ke-5 pulak. Eh tiba-tiba Pak Mat buat, gandingkan Adnan dengan Nadia.

“Fuyyo Adnan Sempit version Pak Mat. Di mana ada kemahuan di situ ada highway,” tulis peminat di ruangan komen.

Sebelum ini, tular juga sebuah video mempromosikan produk makanan yang sama tetapi menampilkan pelakon Istanbul Aku Datang iaitu Datin Lisa Surihani dan Beto Kusyairy.Pasangan pelakon yang popular menerusi siri filem Adnan Sempit, Shaheizy Sam dan Intan Ladyana kembali bergandingan.

Sam berkongsi video gandingan bersama Intan menerusi hantaran terbaharu di laman sosial Instagram miliknya.

“Di mana ada kemahuan di situ ada…… Dah 13 tahun, namun tetap seperti dahulu,” tulis Sam di ruangan kapsyen.

Video tersebut adalah sebuah iklan untuk mempromosikan produk makanan yang terkenal.

Penampilan dua pelakon hebat itu membuatkan peminat tidak keruan kerana teringat kembali filem Adnan Sempit yang dilakonkan oleh mereka berdua dan ia turut diselitkan sedikit aksi seolah-olah filem Polis Evo di penghujung video.

Menjengah ke ruangan komen, netizen yang merindukan gandingan mereka berdua memberikan pelbagai respons terhadap video terbabit.

“Rindu korang berlakon! We want more.

“Ya Allah baru je duduk fikir, teringin nak tengok gandingan terbaru Adnan Sempit ke-5 pulak. Eh tiba-tiba Pak Mat buat, gandingkan Adnan dengan Nadia.

“Fuyyo Adnan Sempit version Pak Mat. Di mana ada kemahuan di situ ada highway,” tulis peminat di ruangan komen.

Sebelum ini, tular juga sebuah video mempromosikan produk makanan yang sama tetapi menampilkan pelakon Istanbul Aku Datang iaitu Datin Lisa Surihani dan Beto Kusyairy.

Izzi Farhana