Hiburan By: Fatin Nurain August 30, 2023 @ 10:11am

Dedah Terima Cadangan Penyelesaian Baru, Aishah Tetap Mahu Lelong Harta Penaja

Penyanyi Datuk Aishah mendedahkan penaja sebuah program realiti televisyen berbayar, Datuk Seri Mohd Amir Mohd Isa ada mencadangkan pembayaran baru untuk menyelesaikan bayaran tanah yang dijanjikan mengikut harga asal iaitu RM300,000.

Menurut Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, dia tidak bersetuju dengan cadangan ahli perniagaan tersebut dan tetap mahu melelong hartanya.

“Selepas saya tunjuk writ penyitaan, dia ada respon melalui peguam dengan satu cadangan pembayaran baru.

“Sebelum ini pun dia tidak membayar mengikut masa yang ditetapkan. Jadi saya tidak menerima cadangan itu,” katanya.

Sebelum ini. pelantun lagu Janji Manismu itu telah menerjah kediaman penaja tersebut bagi tujuan lelongan selepas dua minggu writ penyitaan dikemukakan, pada 23 Ogos lalu.

Aishah turut mendedahkan bahawa Amir telah diisytiharkan muflis dan sedang menuntut bayaran daripada isteri dan anak lelakinya yang juga rakan perniagaannya.

“Saya baru tahu yang dia muflis sewaktu perbicaraan di Mahkamah September lalu. Proses tersebut buang masa. Jadi kami tetap teruskan tuntutan terhadap dua rakan perniagaannya yang juga merupakan isteri dan anak dia,” jelasnya.

Menyedari tindakannya dikecam selepas usahawan itu dikhabarkan diserang angin ahmar, dia enggan berhenti kerana proses ini sudah berlarutan sejak enam tahun lalu.

“Orang kecam saya tapi saya tetap akan usahakan sebab saya dah sampai ke tahap ini. Takkan nak berhenti? Lagipun saya dapat tahu dia diserang strok kira-kira tiga bulan lalu. Kes tuntutan ini dah berlarutan selama enam tahun,” tegasnya.

Terdahulu, Aishah telah dinobatkan sebagai juara dalam sebuah pertandingan realiti stesen televisyen berbayar yang menjanjikannya wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebidang tanah lot banglo, piala beserta pakej percutian dan banyak lagi.

Namun, usahawan itu telah memberikan sebidang tanah yang lebih kecil berbanding lot banglo tersebut.

Kes tuntutan tersebut bagaimanapun telah selesai pada September lalu apabila penaja bersetuju dengan cadangan penyelesaian untuk membayar jumlah asal harga tanah yang dijanjikan iaitu RM300,000.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 17 Apr 2022
Hiburan Wed, 5 Dec 2018
Hiburan Wed, 1 Nov 2023
Featured Sat, 1 Oct 2022

Disahkan Terkena Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru, Pelakon Veteran Hisham Ahmad Tajuddin Kritikal & Ditidurkan

Semoga diberikan kesembuhan segera buat pelakon Hisham Ahmad Tajuddin aamiin

Featured Thu, 8 Sep 2022

Terpaling Juara: “Orang Hanya Nampak Sisi Negatif Ifa Raziah, Tapi…”

Tula netizen tahu kecam je, usaha orang mana nampak!! Semangat ya kak Ifa untuk konsert minggu ni

Hiburan Fri, 18 May 2018

Tolong ‘Tutup’ Aurat Uqasha: Fikry Dipuji Netizen

Fikry Ibrahim dilihat prihatin tentang aurat wanita, ada sesiapa ke yang dituju?

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Kantoi! Universiti Malaya Nafi Boy Iman Calon PHD

Ini kerana dalam carian sistem kami, tiada calon di bawah nama itu bagi jurusan Doktor Falsafah Pentadbiran Perniagaan di universiti kami!