Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 25, 2022 @ 2:00pm

“Dia Masih Bagi Saya Nafkah & Jalankan Tanggungjawab…”- Puteri Sarah Ulas Status Terkininya Dengan Syamsul Yusof

Walaupun polemik rumah tangga aktres Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, 37, bersama pengarah tersohor Syamsul Yudof terus menjadi tanda tanya namun, wanita ini cekal dalam menjalani kehidupannya seperti biasa.

Meskipun enggan mengulas lebih lanjut mengenai status perhubungannya bersama Syamsul, Sarah bagaimanapun berkongsi yang suaminya itu masih menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa termasuklah memberikan nafkah.

“Dia masih jumpa dan video call anak-anak dan dia masih jalankan tanggungjawabnya bagi nafkah,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah berkata, dia gembira apabila Syamsul meluangkan masa bersama anaknya terutamanya ketika dia sedang sibuk menjalani penggambaran atau terikat dengan mana-mana kerja yang menuntutnya untuk tidak bersama dua orang anaknya itu.

Malah, Sarah memaklumkan hubungan dengan keluarga mentua, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patima juga masih baik sehinggakan pada setiap hujung minggu dia akan membawa anak-anaknya itu berjumpa Datuk dan nenek mereka.

“Saya gembira bila dia luangkan masa dan berjumpa dengan anak-anak. Kadang-kadang kami bergilir untuk jaga anak.

“Dan bila saya ke rumah mertua bersama anak-anak, Syamsul juga akan ada disana untuk berjumpa anaknya,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Bila Dia Puji Masakan Hari Saya Sangat Indah, Tak Perlu Benda Lain” – Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Peduli Pasal Laki Aku, Yang Penting Perempuan Tu…”- Netizen Sokong Puteri Sarah, Anggap Wanita ‘Penyondol’ Perlu Diajar!

ARTIKEL BERKAITAN:“Mereka Selalu Cakap Nak Adik Lagi” – Puteri Sarah Jawab Dakwaan Hamil Anak Ketiga

Terdahulu, Puteri Sarah lantang bersuara demi membantu golongan wanita yang berdepan masalah rumah tangga yang sama dengannya dan dia akui amat gembira dengan kekuatan yang diterimanya untuk kembali bangkit.

“Saya lantang sebab ada maksud, saya rasa saya ada kekuatan untuk tolong diri saya tetapi untuk tolong orang ramai di luar sana.

“Jadi bila saya rasa saya lantang, sesuatu perlu dilakukan. Bila saya lantang, makin ramai yang bangkit dan mereka memerlukan saya untuk beri nasihat dan panduan.

“Saya rasa gembira untuk bimbing mereka ini sebab saya tahu ramai yang tidak tahu nak pergi mana, nak buat apa, macam mana nak mula. Dan saya dah buka ruang untuk mereka, selepas apa yang saya dah buat, saya dengar cerita sekarang ni dah 3 kali ganda dah laporan berkaitan kejadian gangguan orang ketiga, orang dah mula berani bersuara.

“Saya berasa gembira untuk berbuat begitu, tolong orang dan memberitahu panduan sebab ia tak sukar. Saya rasa lega, pahala pun dapat dan bila kita mudahkan kerja orang, Allah permudahkan apa yang kita buat.

“Saya tak pernah sepositif macam ini, mula-mula macam takut juga, tapi bila saya dapat kekuatan ada juga orang yang ingin jatuhkan saya bila saya bercakap lantang tapi saya cakap tidak, saya bukan bantu diri saya sahaja tapi wanita-wanita dekat Malaysia,” ujarnya.

 

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Oct 2025
Hiburan Fri, 30 May 2025

[VIDEO] Pilih Erra Fazira Jadi Duta, Netizen Puji Beg Tangan Aliff Syukri Nampak Mahal

Erra Fazira jadi duta beg tangan SAMMA Aliff Syukri dipuji nampak mahal

Hiburan Sat, 30 Jun 2018

环东艺校《听见你的声音》合辑阵容敲定2019年推出

环东艺校《我是练习生 -迷你演唱会3.0》圆满落幕!16位练习生及PK成功的素人歌手加入《听见你的声音》合辑阵容,预计2019年推出市场。

Featured Mon, 19 Sep 2022
Hiburan Mon, 30 Oct 2023

Konsert Solo Pertama Liza Hanim Selepas 27 Tahun! – “Inilah Momen Yang Saya Tunggu”

Fuh! Akhirnya Liza Hanim buat konsert solo pertamanya! Tak sabar!

Trending Thu, 11 Jan 2018

Mommy-to-be Siti Nurhaliza Rai Birthday ke-39

Tanggal 11 Januari lalu, genap usia 39 tahun penyanyi tersohor dan kesayangan ramai, Dato’ Seri Siti Nurhaliza Taruddin. Hari jadi tahun ini memang sangat bermakna buat penyanyi cantik ini sebab Mac nanti Siti bakal menimang […]

error: Content is protected !!