Dicop ‘Annoying’ Sebab Cakap Berterabur, Maryam Younarae Tetap Bangga Tutur Bahasa Melayu – “Tak Nak Dengar Sila Berambus!”

Baru-baru ini, pempengaruh media sosial Maryam Younarae dikritik oleh warganet gara-gara percakapannya menggunakan bahasa Melayu tidak jelas dan dikatakan mejengkelkan.

Susulan itu, pempengaruh kelahiran Korea Selatan itu tampil memberi reaksi terhadap kritikan yang diterimanya.

Jelas Maryam, dia tidak pernah mengambil sebarang kelas untuk belajar bahasa Melayu malah dia lebih selesa belajar bahasa Melayu secara santai.

“Saya dah duduk Malaysia 2 tahun lebih, saya cakap BM macam ni saya tak pernah ambil kelas bahasa atau pergi sekolah di Malaysia. Sebab saya suka belajar BM naturally. Itu sangat seronok dan senang ingat,” katanya.

Tambah, dia tidak kesah jika ada individu yang merasakan dirinya ‘annoying’ kerana dia lebih selesa bercakap menggunakan bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris.

“You annoying ke apa itu bukan salah saya. Saya tak kesah. Tak tengok saya ke apa suka hatilah.

“Saya lagi selesa cakap BM daripada English,” luahnya.

Malah, isteri kepada pempengaruh media sosial Ryzal Ibrahim itu berasa bangga dapat bertutur dalam bahasa Melayu walaupun masih belum fasih.

“Saya boleh cakap BM dengan bangga walaupun saya tak pandai sangat.

“Apa saja awak cakap, saya akan tetap guna bahasa Melayu.

“Kalau tak nak dengar silakan BERAMBUS,” tulisnya lagi.

Menjengah diruangan komen, rata-rata pengikutnya di Instagram memberikan komen yang positif dan memberinya semangat serta menyokong Maryam untuk bertutur menggunakan bahasa Melayu.

Atiqah Johari