Hiburan By: Maya Basir October 27, 2023 @ 3:00pm

Didakwa ‘Bermain-Main’ Dengan Isu Palestin, Da’i Syed Tampil Mohon Maaf – “Saya Bukan Cakap Saja, Saya Turun Terus Ke Sana”

Susulan isu didakwa tidak sensitif dengan isu Palestin ketika siaran langsung di TikTok mempromosikan pewarna bibir, pendakwah selebriti Da’i Syed tampil memohon maaf.

Menerusi perkongsiannya di siaran langsung TikTok baru-baru ini, Syed atau nama sebenar Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful menunjukkan dirinya adalah seorang aktivis misi kemanusiaan dan bukan niatnya untuk berbuat demikian.

“Saya wallahi tidak ada niat untuk bermain-main dengan perkara tersebut. Kalau anda rasakan itu terlalu menyakitkan hati, saya memohon seribu satu kemaafan.

“Saya daripada dulu lagi memang pergi ke negara-negara berperang, buat misi kemanusiaan di sana. Memang terpaling charity lah ceritanya.

“Tapi apa-apa pun saya menunjukkan solidariti saya bukan bercakap sahaja tapi saya turun terus ke sana. Saya pernah pergi ke Syria bantu hantar makanan dan sebagainya,” jelasnya.

Tambahnya, dia mengatakan video yang ditularkan seakan cuba untuk menjatuhkan air mukanya.

“Orang yang post itu seperti sengaja supaya netizen mengecam saya walhal, video yang ditularkan itu hanya beberapa saat sahaja. Jadi kalau isu tu kurang senang, saya minta maaf,” katanya.

Sementara itu, isterinya iaitu Hana Ismail menegaskan dia tidak berkecil hati dengan tindakan suaminya serta tidak mahu memanjangkan isu ini memandangkan mereka tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.

“Macam ni lah, personally, no matter how much we explained, macam mana cara pun kita menjelaskan isu yang berlaku, macam mana pun kita minta maaf, kalau hakikatnya kalau orang tak nak terima, mereka takkan terima.

“So, kita nak fokus kepada mereka yang boleh menerima dan memaafkan because we can’t please anyone.

“Saya faham mungkin kadang-kadang orang ni suka untuk melihat kekurangan orang tapi tak nak orang nampak kekurangan diri sendiri.

“Saya terima jika kamilah tempat yang kalian lihat ada orang yang lebih kurang daripada kita, Alhamdulillah tak mengapa. Kami rela untuk orang lihat kami jauh lebih kurang,” ujarnya.

Terdahulu, Da’i Syed bertindak menganggu Hana dengan mencomotkan gincunya dan menyamakannya dengan warna darah rakyat Palestin.

Perkara tersebut kemudiannya membuat penonton kurang senang melihat tindakan Syed yang tidak menjaga sensitiviti berkenaan isu yang melanda negara bergolak itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Seriuslah Main Dengan Darah Mereka?” – Netizen Berang, Dakwa Da’i Syed Tak Sensitif Isu Palestin Ketika Live Di TikTok

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Mar 2022
Hiburan Mon, 25 Sep 2023
Featured Wed, 5 Oct 2022

“Setengah Orang Iri Hati & Cuba Jatuhkan…” – Penat Dikecam, Anna Jobling & Meerqeen Pilih Privasi

Anna bersyukur ada fans yang sangat supportive menyokong #Meerna dari belakang! Apapun kita kena hormat permintaan aktres jelita ni okay 🥰🥰

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Bella Hadid Making Headlines for Appearance in Kuala Lumpur

Fans crowded The Gardens when rumours of her visiting was leaked.

Hiburan Fri, 2 Feb 2018

Amira Othman Mahu Lelaki Tenang

Nadia Amira Othman,24,  ini dengan single terbaharunya ‘Mimpi Indah” diharap mengubati kerinduan peminat-peminatnya yang sudah lama menanti kemunculannya semula dalam arena seni suara.