Didakwa Menumbuk & Menendang Pengawal Keselamatan, Kes Sharnaaz Ahmad Masih Belum Terima Keputusan Timbalan Pendakwa Raya

Susulan tular kes yang mendakwa, pelakon Sharnaaz Ahmad menumbuk dan menendang seorang penduduk sebuah kondominium di Segambut, Jun lalu.

Pihak polis menyatakan bahawa masih menunggu arahan selanjutnya selepas kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai memaklumkan bahawa pihaknya masih belum menerima keputusan daripada pejabat TPR.

Terdahulu, Sharnaaz telah direman selama tiga hari selepas didakwa menumbuk dan menendang pengawal keselamatan di kondominium di Segambut.

Pelakon lelaki itu ditahan selepas mangsa tampil membuat laporan polis mendakwa dirinya dipukul sehingga terdapat kesan lebam di muka.

Untuk makluman, insiden ini berlaku apabila mangsa yang merupakan pengawal keselamata di tempat lain meminta rakannya untuk membeli minyak masak.

Namun, rakannya itu tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan kondominium itu sehingga menyebabkan berlakunya pertengkaran antara mangsa dan pengawal keselamatan itu.

Walaubagaimanapun, ketika insiden itu berlaku, Sharnaaz melihat dan menegur mereka sebelum bertukar sebaliknya apabila dia didakwa bertindak menumbuk mangsa.

Oleh itu, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 37, telah ditahan reman bagi siasatan lanjut dan dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari