[VIDEO] “Otak Macam Jem Gila” – Gara-Gara Terlalu Penat, Maya Karin Dedah Diserang Anxiety Ketika Jalani Babak Dalam Air

Beberapa jam lepas, pelakon Maya Karin memuat naik sebuah hantaran di akaun Instagram miilknya mendedahkan bahawa dirinya diserang penyakit keresahan (anxiety) ketika menjalani penggambaran untuk sebuah filem yang dibintanginya.

Pelakon itu berkongsi kepada umum menyatakan dia diserang anxiety kira-kira pukul 3 pagi semalam ketika sedang melakukan babak dalam air.

“Dan keresahan (anxiety) menyerang saya lagi semalam ketika menjalani penggambaran babak dalam air. Saya perlu berehat sekejap pada pukul 3 pagi dan mendapatkan oksigen tambahan.

“Nasib baik ada medic dekat set. Itu yang pelik, bukannya saya tak boleh berenang, atau pun tak biasa dengan air,” katanya.

Namun begitu, Maya Karin atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 43, memaklumkan bahawa punca serangan tersebut berkemungkinan kerana dirinya terlalu letih dengan urusan kerja.

“Rasa-rasanya antara punca semalam adalah over exhaustion selepas pulang dari Singapura atas urusan kerja dan terus ke set bagi penggambaran dalam air pada sebelah malamnya.

“Badan dan fikiran saya sangat penat serta otak saya berada dalam keadaan freeze zone. Otak macam jem gila bila nak selam, tahan nafas dan berlakon tengah-tengah malam,” tulisnya diruangan kapsyen.

Namun begitu, Maya turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada individu-individu yang berada dengannya ketika diserang keresahan itu.

“Thank you @osmanali_nuansa, @faridkamilz, @kupu-kupu, @mjerome, penyelam keselamatan dan seluruh pasukan yang ada dengan saya,” luahnya lagi.

Menjengah diruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan wargamaya turut mendoakan kesejahteraannya dan mendoakannya Maya supaya cepat sembuh.

Atiqah Johari