Dipakaikan Pendakap Leher, Lesti Kejora Alami Tulang Bergeser Akibat Dipukul

Susulan isu dibelasah oleh suami, penyanyi dangdut muda Indonesia, Lesti Kejora kini dirawat di Rumah Sakit Bunda Menteng.

Menerusi foto yang dimuat naik oleh Detik.com, Lesti dilihat terbaring di atas katil hospital dan dipakaikan pendakap leher.

Bukan itu sahaja, foto yang tular itu telah disahkan oleh Kabid Humas Polda Metro Jaya Kombes Endra Zulpan.

“Kondisi Lesti Kejora sewaktu dirawat di RS Bunda Menteng dengan lehernya dipasang pendakap,” ujarnya pada portal itu.

Jelas Zulpan, Lesti mengalami luka pada bahagian leher di mana berlaku akibat terima kekerasan atau dipukul.

“Ada dua bahagian tulang leher yang bergeser, jadi dipasang pendakap,” jelasnya lagi.

Untuk makluman, insiden yang menimpa Lesti mendapat perhatian ramai apabila dirinya melaporkan telah didera oleh suaminya, Rizky Billar setelah perbuatan curangnya diketahui.

Sejurus itu, Rizky didakwa tidak berpuas hati lalu memukul dengan mencekik, menghempas dan menolak isterinya di katil tahun lalu.

Malah, Rizky turut didakwa memukul isterinya itu di dalam tandas.

Oleh itu, jika terbukti bersalah, Rizky bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun.

Sumber: Detik.com, Gempak

Atiqah Johari