Hiburan By: Khairil Khusyairi December 19, 2023 @ 11:56am

Didakwa Pakai Rantai Salib, Haidar Hasanudin Tampil Perjelas – “Sebagai Orang Islam Saya Tak Pernah Terfikir Langsung”

Pelakon Haidar Hasanudin tampil menjelaskan dakwaan dia memakai rantai salib seperti yang hangat diperkatakan di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi muat naik di Instagram (IG), Haidar menafikan bahawa dia memakai rantai salib dan menjelaskan rantai tersebut sebenarnya tersimpul sekaligus mengelirukan.

“Saya mahu tegaskan yang ia bukanlah rantai salib. Sebagai seorang yang beragama Islam saya tidak pernah terfikir langsung mahu mengenakan rantai berlambang salib.

“Sebenarnya, ia merupakan cangkuk kepada pendant rantai yang saya gayakan. Rantai tu tersimpul di bahagian cangkuk terbabit, jadi ia kelihatan agak mengelirukan dalam video,” jelasnya.

Tambah pelakon drama bersiri popular Kampung People 3 itu lagi, dia memohon maaf atas perkara tersebut dan mengakui khilaf.

“Saya memohon maaf atas segala kekeliruan dan saya berharap penjelasan yang saya berikan dapat menjernihkan keadaan.

“Saya mengaku kekhilafan saya yang mungkin terlepas pandang dan saya sangat sesali perkara ini dan menjadikan ia sebagai pengajaran di masa akan datang,” tutupnya.

Terdahulu, tular sebuah rakaman video temu bual yang memaparkan Haidar mengenakan pakaian serba hitam ke sebuah anugerah.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah netizen mendakwa rantai yang dipakai Haidar adalah berbentuk salib.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Sat, 16 Sep 2023
Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Bront Palarae Bakal Pindah Ke Jakarta?

Bront memberitahu, dirinya enggan membuat keputusan terburu-buru memandangkan banyak perkara perlu difikirkan sebelum melebarkan sayap ke Jakarta.

Hiburan Sat, 9 Feb 2019

Terima 1 Juta Pengikut, Terima Kasih AJL!

Tahniah, semoga kerjaya seni Ean terus gemilang tahun ini. Tak sabar tunggu next single!

Events Wed, 31 Oct 2018
Hiburan Fri, 22 Feb 2019

“Laporan Polis Berasingan Akan Dibuat”- Misha Omar

So, lepasni nak post apa-apa kat media sosial kena fikir dulu okay