Didakwa Telah Berkahwin Dengan Ira Kaza, Syamsul Yusof Jawab Dengan Emoji

Kemelut rumahtangga pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah Liyana masih menjadi tumpuan dalam kalangan warganet apabila baru-baru ini timbul spekulasi yang mendakwa Syamsul telah berkahwin dengan Ira Kaza.

Susulan itu, Syamsul dihubungi oleh wartawan Harian Metro bagi mendapatkan penjelasannya mengenai dakwaan telah berkahwin dengan anak kepada pelakon senior Kazar Saisi, Ira Kaza.

Namun begitu, jawapan yang diberikan Syamsul hanyalah emoji ketawa menerusi aplikasi WhatsApp.

Memetik laporan Harian Metro, Syamsul juga bertindak mengunci mulut walaupun ditanya mengenai penggambaran filem terbarunya, The Original Gangster.

Bukan itu sahaja, dia juga bertindak berdiam diri mengenai pertanyaan harapan dan azam tahun baru, 2023.

Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila Puteri Sarah memuat naik beberapa hantaran di Instagram yang dilihat memberi bayangan bahawa telah dimadukan.

Malah, dia turut mendedahkan bahawa ada individu memaklumkan bahawa suaminya Syamsul telah berkahwin dengan Ira Kaza.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Dedah ‘Penyondol’ Mengaku Ada Hubungan Dengan Suami Sehari Sebelum Bersalin Anak Ke-2, Individu Lain Pula Dakwa Mereka Dah Kahwin

Artikel Berkaitan: “Dua-Dua Toksik, Hipokrit.. Soroklah Selagi Boleh, Penipu!” – Puteri Sarah Berang, Tekad Mahu Bongkar Semua Tahun Depan

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari