Dikatakan Bawa Aura Negatif Dalam Pengacaraan, Ini Komen Uyaina Arshad

Pelakon dan pengacara jelita Uyaina Arshad tampil menjawab komen negatif dari seorang warganet yang mengatakan cara pengacaraannya di dalam program Wanita Hari Ini (WHI) membawa aura negatif kepada penonton.

Menurut Uyaina, dia seorang yang jarang melayan komen-komen negatif yang dapat meruntuhkan semangatnya namun, komen yang diberikan oleh individu berkenaan wajar diberikan perhatian.

Uyaina dengan profesional menjawab dakwaan individu itu dan berterima kasih atas komen yang diberikan tanpa mendedahkan identiti individu tersebut.

“Di WHI, semua benda kita bincang dengan team dan producer. Topik yang diberikan membincangkan semua aspek berkaitan dengan topik tersebut, termasuklah tetamu yang hadir.

“Bukan saya memandai beri ‘negativity’ seperti yang awak rasa,” tulis Uyaina di dalam satu hantaran Instagram.

Di dalam hantaran Instagram itu, dia turut memuat naik tangkap layar mesej yang dihantar individu terbabit yang menyuruhnya untuk membersihkan hati.

 

Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad menjawab komen sebegitu itu dengan tenang.

“Pasal pengacaraan saya yang awak rasa tak menarik, tak apa pun. Saya terima dengan hati yang terbuka sebab saya tak pernah paksa orang untuk suka pengacaraan saya ke apa ke.

“Tak faham kenapa awak kena tulis macam ini dekat saya sebab nak sakitkan hati saya ke apa ke tak tahu lah mungkin kena check hati awak juga kot,” tulis Uyaina

Berdasarkan komen yang diberikan oleh individu itu, episod Wanita Hari Ini yang dikatakan dipercayai berlaku pada 5 Januari lalu bertajuk Mentaliti Musibah Bahagian 1 dengan Sharifah Shahirah sebagai tetamu undangan.

Walaubagaimanapun, ruangan komen Uyaina dihujani kata-kata semangat dari rakan artis dan peminat yang menyangkal komen negatif itu.

 

Arfah