Hiburan By: Maya Basir December 21, 2023 @ 5:27pm

Diminta Hadir Ke IPD Dang Wangi Isu Hambur Kata-Kata Kesat Pada Pegawai Polis Kanan, Caprice Ramal Bakal Direman?

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Caprice diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada Khamis.

Menerusi hantarannya di Instastory, Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli mengatakan dia dipanggil gara-gara memuat naik video reaksi terhadap insiden seorang remaja meninggal dunia akibat dilanggar pegawai polis kanan pada 15 Disember lalu.

Di dalam video tersebut, Caprice turut menggelar anggota polis itu dengan menggunakan kata-kata kesat.

“Seorang yang ada uniform biru yang patut jaga keselamatan kita akhirnya menjadi p****k dan bunuh budak sekolah,” ujarnya.

Namun, video tersebut telah dipadam oleh Caprice kerana dianggap melanggar garis panduan kandungan media sosial.

Terkini, Caprice memberitahu pekerjanya telah ditahan reman dan tidur di lokap.

Katanya lagi, pihak IPD Dang Wangi memindahkan sesi soal jawab pada hari Jumaat.

“Malam tadi staff Caprice seorang perempuan yang masih menyusu anak dia kena reman dan tidur di lokap.

“Mungkin saya akan kena sama? They moved me to esok 10:30 am at IPD Dang Wangi,” ujarnya yang kemudiannya memadam hantaran berkenaan.

Terdahulu mangsa Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, maut selepas didakwa dilanggar seorang pegawai kanan polis berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh.

Sebelum kejadian, konflik dikatakan berlaku antara mangsa dan suspek susulan tindakan remaja tersebut membuat bunyi bising menggunakan ekzos motosikalnya.

Hasil bedah siasat mendapati Allahyarham meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian dada dan abdomen.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang Luar, Ipoh.

Sementara itu, pegawai polis kanan tersebut, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang berpangkat Deputi Superintendan dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinien (IPK) Kedah dihadapkan ke Mahkamah Maistret Ipoh pada Isnin lalu atas tuduhan membunuh.

Namun, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Mahkamah menetapkan 7 Februari 2024 bagi sebutan semula kes.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 May 2023
Hiburan Thu, 19 Jul 2018

Miliki Huawei Nova 3 Dan Nova 3i Pada Harga RM1899 Dan RM 1249

Lanjutan daripada pengumuman rasmi Huawei Nova 3 dan Nova 3i untuk pasaran China semalam, hari ini, Huawei Malaysia membawakan kedua-dua peranti tersebut untuk pasaran tempatan. Pada majlis perasmian yang berlangsung bertempat di Lightbox, Sungai Buloh, Huawei Malaysia telah memperkenalkan […]

Hiburan Mon, 18 Nov 2019
Hiburan Sun, 24 Feb 2019

’Terlalu Banyak Kebetulan Antara Kami’- Nazim Othman Jawab Gosip Bercinta Dengan Fatin Afeefa

Kalau betul pun apa salahnya kan, dua-dua pun tengah single…

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Era Of Live Party Tampil Memukau Dengan 3 Lagu ‘Berhantu’ Calum Scott

Cair dengar suara dia kan? Apapun, terus stay tune tengok E! News versi Malaysia di channel Youtube kami!

Hiburan Sat, 22 Sep 2018

#ABPBH31: Aizat Tak Pernah Undi Diri Sendiri

Sekiranya dipilih, Alhamdulillah… Kalau tak dipilih pun tak apa. Apapun, terima kasih bagi yang mengundi untuk ke peringkat seterusnya…Terima Kasih!

Hiburan Thu, 30 Mar 2023
Hiburan Tue, 20 Mar 2018

Tak Sengaja Sebar Gambar, Jurusolek Minta Maaf

Saya tidak tahu menahu mengenai kenyataan suami Siti yang mana mereka bakal berkongsi wajah anak selepas tujuh hari kelahiran.

Trending Tue, 17 Dec 2019
Hiburan Sun, 2 Dec 2018

Dituduh Buat Pembedahan Plastik, Ini Jawapan Sherry Ibrahim

Ish ish, tak baik tau korang tuduh Sherry bukan-bukan. Semua original ok…