Hiburan By: SGMS Faida November 18, 2019 @ 3:05pm

Wow…Demi Iphone 11 Kris Dayanti Sanggup Terbang Ke Singapura

Demi orang tersayang, diva Indonesia Kris Dayanti sanggup terbang ke Singapura semata untuk membeli telefon pintar iphone 11.

Menerusi laman Instagram suaminya, Raul Lemos, pasangan ini dilihat mendapatkan telefon baharu untuk anaknya, Athalia Lemos.

“Demi anak tersayang, pagi pagi sudah dapatkan iphone 11 di Singapura. Colek @athalialemos,” kongsi Raul.

Menerusi entri itu, Raul dilihat mengenggam erat tangan isterinya yang bersandar manja di sebelahnya.

Pelantun lagu Menghitung Hari itu juga memuatnaik gambar Apple Store di Singapura.

Kredit: IG @krisdayantilemos

Malah, Kris Dayanti juga memuatnaik gambar iphone 11 yang bakal diberikan kepada anak Raul, Athalia Lemos.

Kredit: IG @krisdayantilemos

Athalia merupakan anak hasil perkahwinannya bersama bekas isterinya terdahulu, Sechah. 

Hasil perkahwinan terdahulu, Raul mempunyai empat orang anak iaitu Fariz Ricardo, Syeilla Ricardo, Dillah Daesslow dan Noor Athalia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 28 Feb 2019
Hiburan Fri, 23 Nov 2018

Tahniah! Ini Senarai Lagu Yang Mara Ke Pentas AJL 33

Tahniah buat kesemua finalis! Tak sabar nak tengok persembahan mereka di pentas AJL 33 tahun depan.

Hiburan Wed, 20 Dec 2023
Hiburan Wed, 27 Jun 2018

Alvin Chong Akui Hidup Lebih Teratur

Alvin juga dalam proses mengeluarkan satu lagi lagu, kali ini bersama penyanyi Indonesia, Dea Dalila. Lagu berjudul “Mencintaimu 99%” itu bakal dilancarkan pada 6 Julai, dan bertujuan untuk pasaran Indonesia.

Featured Thu, 19 Jan 2023

[VIDEO] “Tak Kisah Menantu Tak Pandai Masak, Bangun Lambat.. Asalkan Perlu Berpendidikan & Jadi Usahawan…” – Bonda Rozita Ibrahim

‘Jadi perempuan, cerai mati atau hidup, lelaki sayang atau tak.. kita perlu ada standard’ – Bonda Rozita